web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


‘Bantuan Bukan Untuk Publisiti, Mereka Juga Perlukan Perhatian’ - Sivakumar

Kisah Kita Dikemaskini 4 hari yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2024 8:41AM

Sivakumar Nadarajah (kanan) meletakkan nasi untuk seorang penghuni di rumah kebajikan yang disantuninya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Zaman yang kian berubah menyaksikan peradaban manusia juga turut beralih arah. 

Sikap mementingkan diri dan hilangnya perikemanusiaan  seakan sudah menjadi lumrah, malah kezaliman berlaku di mana-mana.

Senario menakutkan yang mewarnai dunia ketika ini seolah memberi bayangan kepupusan sifat manusiawi, justeru kehadiran individu berhati mulia untuk membantu golongan memerlukan dianggap bagaikan bulan jatuh ke riba. 

Penaung dan Presiden Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih Malaysia (DSK), Datuk Sivakumar Nadarajah adalah antara insan berhati mulia yang ada di negara ini. 

Saban tahun, beliau dan DSK tidak pernah alpa menyalurkan bantuan dan sumbangan untuk komuniti India tempatan yang memerlukan.

Sivakumar Nadarajah
Sivakumar Nadarajah

Menjadikan golongan B40, warga emas dan anak yatim sebagai golongan sasar, Sivakumar menjadikan kerja amal itu sebagai projek tahunan setiap kali menjelang Deepavali. 

Beliau ketika ditemui Getaran berkata, sumbangan berkenaan mencakupi pakaian tradisional baharu, barangan asas serta keperluan, jamuan untuk penghuni di rumah anak-anak yatim dan bantuan wang tunai. 

Katanya, kesemua bantuan tersebut dimulakan sebulan sebelum kedatangan Deepavali bagi membolehkan semua penerima membuat pelbagai persiapan. 

“Apa yang saya lakukan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau mahukan sanjungan, kerana itu selama ini saya ‘lari’ daripada sebarang publisiti.

“Tapi saya fikir sudah tiba masanya saya ke depan, bagi mengajak lebih banyak pihak atau individu tampil membantu golongan memerlukan ini. Terlalu ramai sebenarnya yang memerlukan bantuan,” katanya.

Santuni Rumah Anak Yatim

Ketika ramai penderma memilih untuk tampil sekadar menghulurkan sumbangan, lain pula halnya dengan Sivakumar.

Sivakumar Nadarajah (dua, kiri) tidak kekok bersila di lantai bersama anak-anak yatim bagi menikmati hidangan disajikan
Sivakumar Nadarajah (dua, kiri) tidak kekok bersila di lantai bersama anak-anak yatim bagi menikmati hidangan disajikan

Setiap kali Pemegang Amanah Sri Mariamman Devasthanam itu hadir ke rumah anak yatim bagi memberikan sumbangan, beliau turut meluangkan masa menyantuni setiap penghuni seperti seorang bapa melayani anak-anaknya. 

Ini jelas berbeza dengan penderma lain, justeru tak hairanlah Sivakumar amat disayangi ribuan anak yatim dari puluhan rumah kebajikan yang ada. 

“Rumah-rumah anak yatim bukan sahaja mengharapkan bantuan dalam bentuk material semata-mata, seperti sebaliknya penghuni di sana juga mendambakan masa dan perhatian kita.

“Mereka rindukan kasih sayang seorang ibu atau ayah, malah ada antara mereka tidak pernah merasai semua itu sejak lahir. Apa lah salahnya saya buatkan mereka rasa istimewa dan gembira hingga lupa kekekurangan dimilki,” katanya, ikhlas.

Menyantuni anak yatim antara perkara yang tidak akan ditinggalkan Sivakumar Nadarajah setiap kali beliau menyampaikan sumbangan
Menyantuni anak yatim antara perkara yang tidak akan ditinggalkan Sivakumar Nadarajah setiap kali beliau menyampaikan sumbangan

A Thrash To You, But A Treasure To Them’

Selain sumbangan ke rumah anak yatim dan pertubuhan kebajikan, Sivakumar yang juga Bendahari Agung MIC tidak terlepas menitipkan bantuan pergigian untuk kanak-kanak dari keluarga B40.

Sehingga hari ini katanya, ratusan kanak-kanak sudah dibantu mendapatkan rawatan sejak tahun lepas dan ada sesetengah kes, ia turut melibatkan pesakit dewasa. 

“Ramai suka bercakap dan menuding jari, menyalahkan pihak tertentu tetapi terlalu sedikit yang mahu turun padang membantu.  

“Saya sudah mulakan amalan menyumbang barangan asas dan keperluan sejak COVID-19 lagi. Amalan ini saya teruskan sehingga sekarang kerana golongan memerlukan dan miskin tegar ini masih ramai. Realitinya memang pahit,” katanya.

Antara warga emas yang menerima bantuan
Antara warga emas yang menerima bantuan

Jelas Sivakumar, sumbangan berbentuk makanan atau barangan keperluan harian mungkin nampak kecil di mata ramai, namun hakikatnya ia memberi sejuta makna kepada penerima. 

A thrash to you, but a treasure to them. Bantuan seperti ini masih lagi diharapkan. Dengan kos sara hidup dan ekonomi yang semakin meruncing, bakul-bakul makanan dan sedikit wang tunai mampu membantu kelangsungan hidup mereka,” katanya. - Getaran, 9 November 2024

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 11 bulan yang lalu

'Uncle Kittu' Bukti Kasih Sayang Tiada Sempadan

2

Kisah Kita 1 tahun yang lalu

Kecil Tapi Berjiwa Besar, Krishh Haran Penulis Muda Berhati Mulia

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

KP Kopies Lambang Kegigihan, 2 Beradik Jana 5 Angka Sebulan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mengalah Bukan Pilihan, Terus Bangkit Demi Keluarga

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia