Ratusan penduduk di wilayah Dagestan, Russia menyerbu Lapangan Terbang Makhachkala (Makhachkala) semalam bagi membantah pendaratan pesawat yang membawa penumpang dari Israel.
Susulan itu, pihak berkuasa terpaksa menutup lapangan terbang di wilayah yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Namun, tiada tangkapan dibuat setakat ini, manakala beberapa penduduk dilaporkan cedera.
Media tempatan melaporkan, pesawat terbabit adalah milik syarikat penerbangan Russia, Red Wings.
Sementara itu, tular video yang menunjukkan orang ramai berkumpul di kawasan landasan lapangan terbang itu sambil mengibarkan bendera Palestin malah, ada yang bertindak memeriksa pasport penumpang yang tiba di Makhachkala. - Getaran, 30 Oktober 2023.
@getaranmy Fuh ramai betul! ? Penduduk Makhachkala di Dagestan berhimpun bagi melakukan protes terhadap pesawat yang membawa penumpang dari Tel Aviv, Israel. #getaranmy #trending ♬ original sound - Getaran