web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


 Banjir Landa Dubai

Video & Galeri Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 8:11AM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hujan lebat yang melanda Dubai semalam, mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di bandaraya itu dan pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan pantai serta sentiasa berhati-hati ketika memandu.

Banjir turut mengakibatkan kesesakan jalan raya, manakala hujan lebat dan angin menjejaskan jadual penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai hingga menyebabkan ramai penumpang terkandas.

Media yang memetik jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai melaporkan, 13 penerbangan terpaksa mendarat di beberapa lapangan terbang berhampiran, sementara enam lagi penerbangan terpaksa dibatalkan.

Pusat Meteorologi Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengeluarkan amaran peringkat kuning dan oren susulan hujan lebat serta angin kencang. - Getaran, 18 November 2023 

@getaranmy Hujan lebat mengakibatkan banjir di sekitar Dubai, UAE pada Jumaat. Beberapa penerbangan dari Lapangan Terbang Dubai juga terpaksa dibatalkan. Layari getaran.my untuk lagi berita dan info terkini. #getaranmy #berita #beritaditiktok ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara