web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Panik, Punca 5 Cedera

Video & Galeri Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 11:59AM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Angkara panik selepas bergesel dengan sebuah motosikal, warga emas tertekan pedal minyak sebelum merempuh enam kenderaan lain, dalam kejadian pada jam 3 petang, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, insiden itu menyebabkan lima cedera selepas kereta PERODUA Myvi dipandu warga emas itu hilang kawalan di Jalan Bukit Gambir, berhampiran pintu Universiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, kereta yang dipercayai hilang kawalan melanggar kenderaan di hadapannya dan ketika itu, kesemuanya sedang menunggu lampu isyarat merah. 

Beliau berkata, akibat daripada kejadian ini, pemandu kereta tersebut cedera di dada, manakala empat yang lain iaitu penunggang dan pembonceng motosikal turut mengalami kecederaan.

"Tiga daripada empat lelaki yang cedera dalam kemalangan itu adalah pelajar USM, manakala seorang lagi adalah petugas di situ,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 28 November 2023

@getaranmy Lima cedera selepas sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita warga emas hilang kawalan di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir. Layari getaran.my untuk berita semasa dan info terkini. #getaranmy #semasa #myvi #trafficaccident #accident ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara