Tindakan pantas seorang lelaki berjaya menyelamatkan dua wanita yang nyaris lemas selepas hanyut dalam arus deras apabila kereta dinaiki terbabas dalam longkang di Jalan Johor Bahru-Mersing hari ini.
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, seorang lelaki yang dikenali sebagai Joesen Chong, dilihat terjun ke dalam longkang terbabit selepas menyedari sebuah kereta dihanyutkan arus deras.
Memetik laporan BH, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora ketika mengesahkan kejadian itu berkata, ia membabitkan kereta dinaiki dua wanita berusia 37 dan 43 tahun.
"Siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas ketika melalui jalan dinaiki air dan masuk ke dalam longkang besar sebelah kanan jalan menghala ke Kota Tinggi.
"Kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus air yang deras.
"Pemandu tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi," katanya satu laporan polis turut diterima mengenai kejadian itu. - Getaran, 7 Januari 2024
@getaranmy Kejadian berlaku di Jalan Bukit Samsu (Kota Tinggi-Mersing). Dilaporkan mangsa telah diselamatkan oleh orang awam di sana. Semoga dipermudahkan urusan kepada yang terlibat. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. Kredit: FB Orang Kota-Tinggi #getaranmy #trending #myvi #hanyut #bukitsamsu ♬ original sound - Getaran