web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lakaran Babi Jadi Lukisan Haiwan Gua Tertua Di Dunia

Ahli arkeologi menemukan lukisan haiwan gua yang tertua di dunia di Indonesia – lakaran babi purba – dipercayai dilukis pada 45,500 tahun lalu.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2021 11:18AM

Gambar: AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dilakar dengan pigmen berwarna jingga-kemerahan, gambaran babi hutan Sulawesi menjadi sebahagian naratif dan jalan cerita.

Memetik laporan BBC News, lakaran ini dijumpai oleh pasukan arkeologi di Gua Leang Tedongnge di satu lembah terpencil di Pulau Sulawesi, Indonesia.

Ia membuktikan kewujudan penempatan manusia purba di wilayah Sulawesi Selatan ini.

“Orang-orang yang melukisnya benar-benar moden. Mereka sama seperti kita, mereka punyai kapasiti dan alatan yang bersesuaian untuk melukis apa pun yang mereka suka,” kata Maxime Aubert, pengarang laporan yang diterbitkan di Science Advances Journal.

Pakar geologi ini mengenal pasti terdapat lapisan deposit mineral kalsit yang terbentuk di atas lakaran tersebut dan mengesahkan ia berusia 45,500 tahun.

Ini menjadikan lakaran babi hutan ini sebagai karya seni yang sangat lama, “Namun boleh jadi ia lebih berusia kerana kami hanya melakukan ujian ke atas lapisan mineral kalsit yang terbentuk di atasnya,” tambahnya.

Laporan mengatakan lakaran babi hutan yang berukuran 136cm x 54cm itu menggambarkan ciri-ciri babi hutan jantan, lengkap dengan tanduk.

Terdapat dua cetakan tapak tangan manusia di atas (belakang) lakaran babi hutan tersebut, di mana terdapat dua lagi lakaran babi hutan yang bertentangan arah dengannya, tetapi hanya sebahagian lakaran kedua dan ketiga itu yang masih terpelihara. 

Pengarang bersama, Adam Brumm pula berkata, “Babi hutan tersebut dilihat sedang dalam keadaan berlawan (atau interaksi sosial) dengan dua ekor babi hutan yang lain.”

Bagi menghasilkan cetakan tangan pula, pelukisnya harus meletakkan tangan mereka di atas permukaan dinding gua sebelum menyembur pigmen di atasnya, ujar penyelidik.

Pasukan Aubert dan Brumm juga berharap dapat menemui dan mengambil sampel DNA yang mungkin masih ada di lukisan gua purba ini

Pun begitu, lakaran babi hutan ini mungkin disahkan sebagai ‘lukisan haiwan gua tertua di dunia’, namun ia bukanlah lukisan gua tertua yang dihasilkan oleh manusia.  

Di Afrika Selatan, terdapat satu ‘coretan’ berusia 73,000 tahun, dipercayai sebagai lukisan gua tertua dunia. - AFP, 27 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Puting Beliung Landa Sumedang, Bandung Di Indonesia

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

4

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU: Puluhan Cedera Dalam Pertempuran Di Papua

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara