web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet 2022: Di Manakah Moratorium Buat Rakyat?

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 12:05PM

Rakyat dari setiap lapisan masyarakat terkesan dengan pandemik yang melanda dan memerlukan bantuan moratorium. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan mengumumkan moratorium ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada awal tahun lalu, umpama memberi pelampung kepada rakyat yang hampir lemas dek bebanan kehidupan akibat pandemik COVID-19.

Bagai jatuh ditimpa tangga, majoriti mereka bukan sahaja kehilangan pekerjaan dan berdepan pemotongan gaji, tetapi juga dihantui komitmen perbelanjaan serta hutang bulanan yang harus diselesaikan.

Lebih membuatkan mereka menarik nafas lega apabila kerajaan sekali lagi mengumumkan bahawa pemberian moratorium akan dilanjutkan selama tiga bulan.

Bagaimanapun, ketika negara mula menjengah fasa pemulihan krisis kesihatan itu dan rakyat memasuki proses menstabilkan semula kehidupan yang menyaksikan mereka memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk menyelesaikan tunggakan hutang berbaki, tiada moratorium lanjutan diumumkan kerajaan ketika Bajet 2022.

Kecewa dengan tindakan kerajaan itu, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berkata, pemberian moratorium sewajarnya diteruskan selama enam bulan bagi membantu golongan terjejas pandemik memulakan kembali kehidupan dengan lebih selesa.

Presidennya, Abdul Halim Husin, berkata apa diharapkan ketika tempoh getir ini adalah kerajaan mengarahkan institusi perbankan supaya memberikan moratorium lanjutan dalam tempoh itu bagi meringankan bebanan golongan terkesan, terutama penggiat bidang perniagaan dan pekerja mereka yang terjejas.

Katanya, DPMM yang mempunyai kira-kira 500,000 ahli sebelum ini mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan berhubung lanjutan pemberian moratorium namun hasil diperoleh tidak seperti diharapkan pihaknya.

“Kementerian Kewangan memaklumkan terserah kepada bank sama ada mahu meneruskan pemberian moratorium, tetapi kita kata bank tertakluk kepada lesen diberikan kementerian ini, jadi kenapa kementerian tidak boleh mengarahkan bank memberikan bantuan terbabit kepada golongan memerlukan.

“Sedangkan pada hujung tahun 90an dulu, ketika institusi perbankan negara berdepan krisis kewangan, kita semua membantu dengan pelbagai insentif, jadi kenapa kita tidak boleh dibantu pihak berkenaan pula,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Abdul Halim berkata, dalam tempoh pemulihan pandemik, institusi perbankan seharusnya membantu golongan benar-benar berdepan kesulitan kehidupan untuk keluar daripada belenggu kesusahan itu, bukan mencari pelanggan baharu yang lebih stabil kewangan.

“Jangan bertindak seperti orang yang sudah ada payung dibekalkan payung tambahan, sedangkan orang yang basah tidak diberikan payung,” katanya.

Beliau berkata, akibat pandemik sebelum ini, ramai pekerja terhenti punca pendapatan selama beberapa bulan, contohnya yang bekerja di restoran disebabkan operasi perniagaan berkenaan ditutup sementara.

Walaupun dibuka semula, katanya, kebanyakan pekerja itu masih tidak diberikan gaji penuh kerana pengurusan restoran mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan mengambil langkah berhati-hati dengan memendekkan tempoh operasi bagi mengelakkan peningkatan semula penularan jangkitan COVID-19.

“Jika sebuah restoran mempunyai 100 kerusi, kini walau dah masuk fasa endemik, SOP kita masih harus dipatuhi jadi pemilik restoran hanya boleh meletakkan 50 kerusi.

“Bayangkan kalau 100 kerusi pemilik memerlukan 10 orang pekerja, bila 50 kerusi mereka terpaksa mengurangkan gaji semua pekerja atau mengambil lima pekerja sahaja misalnya,” katanya.

Menurut Abdul Halim, majoriti individu mempunyai masalah kewangan masing-masing disebabkan lama tidak berniaga atau bekerja, justeru kerajaan diharap mempertimbangkan cadangan DPMM supaya moratorium ini diteruskan selama enam bulan kepada golongan terkesan tanpa dikenakan syarat tertentu.

“Apa saya difahamkan daripada aduan ahli DPMM, sesiapa yang tidak bayar pinjaman tertunggak sebelum ini tidak akan dapat moratorium lagi, tapi mcm mana mereka nak teruskan kehidupan dalam keadaan ini. Mereka tidak mampu bayar pinjaman sebelum ini disebabkan tidak bekerja atau terpaksa mendahulukan bayaran lain.

“Apabila golongan memerlukan seperti ini tidak menerima moratorium, pastinya akan menjarakkan lagi kedudukan kewangan antara orang berada dengan tidak berada,” katanya. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara