web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.10 Peratus

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Feb 2022 4:40PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus selepas zakat, melibatkan nilai RM2.46 bilion bagi tahun kewangan 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata agihan keuntungan itu akan dimanfaatkan kira-kira 8.4 juta pendeposit TH dengan jumlah keuntungan diagih RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion bagi tahun kewangan 2020.

Jelasnya agihan keuntungan itu adalah kompetitif, mengambil kira faktor kadarnya lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.36 peratus.

“Kadar pulangan tahun 2021 adalah berpatutan setelah mengambil kira keadaan persekitaran perniagaan dan pasaran sukuk dan saham yang mencabar pada tahun lepas.

“Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Dis 2021,” katanya pada Majlis Pengumuman Agihan  Keuntungan TH Tahun 2021, di Menara Tabung Haji di sini hari ini.

Idris berkata pulangan itu juga telah mengambil kira zakat yang akan dilunaskan bagi pihak pendeposit sebanyak RM107 juta.

Beliau berkata jumlah simpanan deposit yang dijamin kerajaan mencecah RM83.33 bilion iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah TH sejak 59 tahun penubuhannya.

“Jumlah kos operasi juga menurun sebanyak empat peratus berbanding tahun 2020 hasil daripada langkah pengurusan kewangan yang berhemah,” katanya.

Turut hadir Pengerusi TH Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Sementara itu Azman berkata nilai agihan keuntungan itu adalah berpatutan dan menepati jangkaan TH berdasarkan belanjawan institusi itu selain faktor persekitaran ekonomi.

“Selain itu, kadar itu juga mengambil kira faktor TH sebagai tabungan bakal haji untuk masa depan pendeposit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Terkandas Di Makkah: TH Diarah Buat Siasatan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia