web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2024 4:23PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MADINAH - Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia musim haji 1445H/2024 tiba di Tanah Suci Madinah pada 9 Mei ini, menyaksikan pasukan petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Naib Konsul Haji Malaysia merangkap Pengarah Operasi Madinah, Ashrof Shamsuddin berkata, secara keseluruhan hampir 90 peratus persiapan sudah dilakukan untuk memastikan Duyufurrahman (tetamu Allah) selesa dan kebajikan sentiasa terjaga sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima itu.

"Pasukan petugas TH telah melakukan persiapan rapi untuk menerima ketibaan jemaah dengan penerbangan pertama tiba di Madinah pada 9 Mei, jam 3.50 pagi.

"Ini termasuk menyiapkan bangunan penginapan para jemaah yang kini tinggal hanya 10 peratus dengan pihak pengurusan hotel hanya membenarkan pengurusan TH masuk untuk membuat persiapan tiga hari sebelum jemaah haji tiba ini," katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata, sebaik tiba di Madinah, jemaah akan dibawa terus ke hotel penginapan dengan menaiki bas.

Sepanjang berada enam hari lima malam di Madinah, Ashrof berkata, masa jemaah akan diisi dengan beberapa aktiviti seperti taklimat daripada TH, Ziarah Luar melibatkan kawasan bersejarah di sekitar Madinah dan ziarah dalam di Masjid Nabawi termasuk ziarah Raudah.

"Selain itu, jemaah haji juga akan diberikan taklimat ibadat umrah oleh pihak Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci TH sebelum mereka bergerak ke Makkah untuk memastikan mereka benar-benar bersedia dan cukup lengkap untuk beribadat pada 9 Zulhijah nanti.

Untuk musim haji tahun ini, seramai 600 petugas haji termasuk perubatan, kebajikan, dan teknologi maklumat ditugaskan oleh TH untuk memastikan kelancaran operasi haji serta kebajikan para jemaah haji.

Kumpulan pertama petugas iaitu seramai 16 orang mula berlepas pada 30 April lalu diikuti dengan tiga kumpulan besar iaitu pada 2 Mei lalu melibatkan 150 orang termasuk 14 pengamal media, diikuti kumpulan ketiga pada 6 Mei seramai 70 orang dan selebihnya pada 9 Mei.

Sementara itu, seramai 60 petugas TH termasuk petugas perubatan berlepas ke Makkah semalam bagi mengadakan persiapan untuk menyambut jemaah di Tanah Suci.

Sebanyak 100 penerbangan sewa khas akan digunakan untuk membawa semua jemaah haji Malaysia, yang melibatkan penerbangan Malaysia Airlines dan Saudi Airlines dengan penerbangan terakhir pada 9 Jun.

Lapan stesen berlepas akan digunakan untuk jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri termasuk di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kedah, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penerbangan pulang pertama dijadual pada 24 Jun dan terakhir pada 2 Julai 2024.

Pada masa yang sama, Ashrof turut berharap supaya operasi haji pada tahun ini dikoordinasi dengan baik dan berjalan lancar.

Beliau juga menasihatkan jemaah supaya sentiasa mengikuti saranan TH sepanjang berada di Tanah Suci, termasuk mendapatkan maklumat terkini menerusi kumpulan WhatsApp Ketua Zon dan pengurusan Maktab masing-masing. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Ratusan Kipas Kabus Dipasang Demi Keselesaan Jemaah Haji

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Jemaah Haji Tiba Di Tanah Suci Naik Motosikal Berkuasa Tinggi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya