web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Tamat 30 Jun

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 3:12PM

Tengku Zafrul - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata namun, bagi membolehkan pembeli yang membuat tempahan kenderaan sehingga 30 Jun, 2022 terus menikmati insentif pengecualian cukai itu maka tempoh pendaftaran kenderaan tersebut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini dilanjutkan sehingga 31 Mac, 2023.

“Lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan ini merupakan satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pasca-pandemik bagi memastikan kebajikan rakyat dan kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata kerajaan telah memperkenalkan pengecualian sepenuhnya cukai jualan ke atas kenderaan penumpang termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) pemasangan tempatan serta 50 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang import (CBU) sejak 15 Jun, 2020 dan akan berakhir pada 30 Jun, 2022.

Ia bertujuan mengekalkan dan meningkatkan momentum permintaan dan jualan kenderaan penumpang yang terjejas akibat pandemik COVID-19, katanya.

Tengku Zafrul berkata setakat ini, sebanyak 868,422 unit kenderaan telah terjual dan rakyat telah mendapat manfaat pengecualian cukai jualan berjumlah RM4.7 bilion.

Beliau berkata dengan pembukaan sektor ekonomi, sektor automotif telah kembali beroperasi seperti sedia kala.

“Bagaimanapun terdapat sejumlah permintaan yang masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan kepada rantai bekalan global.

“Pada masa yang sama, seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif,” katanya.

Belau berkata susulan itu, pemasangan sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah dalam tempoh pengecualian cukai jualan ini masih belum siap dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Bekas CEO Badan Berkanun Disyaki Seleweng RM1.2 Bilion

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang