web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HAPM Tubuh Empat Segmen Perniagaan Baharu, Sasar Perolehan RM120 Juta

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Sep 2022 7:04AM

HAPM telah melaksanakan pelbagai projek di seluruh negara bernilai RM28 bilion, termasuklah mercu tanda seperti Menara Telekom - Gambar Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat pengurusan projek dan pembinaan, HAPM Consultants Sdn Bhd (HAPM) menyasarkan untuk mencatatkan jumlah perolehan RM120 juta menjelang penghujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HAPM, Suyanto Osman berkata, selepas 30 tahun menjalankan perniagaan, syarikatnya kekal komited untuk memastikan kejujuran dan integriti dalam perkongsian. 

Pada masa sama menurut beliau, HAPM komited untuk menjadi syarikat pengurusan projek terkemuka di Malaysia. 

“Setakat ini, kami melaksanakan pelbagai projek di seluruh negara bernilai RM28 bilion. 

"Ini termasuklah mercu tanda seperti Menara Telekom, Universiti Multimedia di Cyberjaya dan skim penempatan semula Bakun di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam gala sempena ulang tahun ke-30 HAPM di sini.

Suyanto berkata, HAPM berhasrat mewujudkan empat segmen perniagaan baharu iaitu perdagangan perniagaan, pengurusan kemudahan, pembangunan dan pembinaan.

Pada masa sama jelasnya, beliau, HAPM turut melancarkan aplikasi pembinaan digital dikenali sebagai Bestrack, yang menggabungkan keseluruhan kitaran hayat pengurusan projek dan pemodelan maklumat ke dalam platform digital tunggal. 

"Ia mampu menggabungkan semua perincian dari peringkat permulaan, perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengawalan hingga penyelesaian projek.

“Kami berbangga dengan aplikasi inovatif dan interaktif ini yang boleh memastikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan sesuatu projek," katanya. 

Suyanto menarik perhatian, aplikasi berkenaan membolehkan pengguna menjejak dan memantau status terkini projek yang dibangunkan.

"Pemantauan itu berdasarkan masa nyata melalui peranti mudah alih tanpa perlu berada di lokasi secara fizikal,” katanya. - 20 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara