web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RM2.45 Bilion Diperuntukkan Bagi Belanjawan Selangor 2023

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 5:18PM

Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM2.45 billion bagi Belanjawan 2023. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sebanyak RM2.45 billion bagi Belanjawan 2023 yang merangkumi enam dasar utama iaitu peluang pekerjaan, perumahan, alam sekitar, belia, wanita dan pendidikan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu, RM1.25 bilion atau 51 peratus akan diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.2 bilion iaitu 49 peratus untuk tujuan pembangunan.

Menurut beliau, kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2 bilion, terutama menerusi premium tanah, penyumbang utama kepada Selangor untuk tahun 2024 iaitu sebanyak RM753.72 juta atau bersamaan 38 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan. 

“Penyumbang kedua terbesar adalah hasil cukai tanah sebanyak RM570.51 juta, bersamaan 29 peratus. Manakala penyumbang ketiga terbesar adalah pemberian Persekutuan iaitu berjumlah RM214.81 juta bersamaan 11 peratus. 

“Dengan mengambil kira jangkaan hasil negeri yang berjumlah RM2 bilion dan anggaran perbelanjaan berjumlah RM2.45 bilion, maka Belanjawan 2023 mengalami defisit berjumlah RM450 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, defisit tersebut adalah lebih tinggi berbanding tahun 2022 bagi persediaan pengurusan bencana akibat perubahan iklim serta penyediaan peruntukan pembangunan yang substantif untuk memenuhi keperluan pembangunan mapan negeri itu.

“Walaupun melaksanakan belanjawan defisit sejak lima belanjawan lalu, kerajaan negeri sentiasa berjaya mengurangkan jumlah defisit kepada satu jumlah yang munasabah menerusi instrumen kawalan perbelanjaan serta amalan prinsip tadbir urus kewangan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonomi, Amirudin berkata, Selangor telah merekodkan nilai pelaburan berjumlah RM 4.88 bilion dengan 118 projek perkilangan yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga Jun lalu.

Tegasnya, daripada jumlah tersebut sebanyak RM 1.63 bilion adalah daripada pelaburan tempatan manakala RM 3.255 bilion lagi hasil pelaburan asing. 

 “Sebanyak 4,944 potensi peluang pekerjaan berjaya diwujudkan melalui projek perkilangan yang diluluskan di Selangor. Walaupun prestasi pelaburan direkodkan oleh MIDA menunjukkan pertumbuhan agak perlahan pada suku kedua tahun 2022, kerajaan negeri percaya sasaran pelaburan ditetapkan sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2022 mampu dicapai. 

“Keyakinan ini berdasarkan terdapat beberapa cadangan projek pelaburan baru dan juga penambahan pelaburan sedia ada sedang dipantau oleh kerajaan negeri. Selain itu, sektor pembuatan akan terus diperkasakan dengan usaha promosi penggalakan pelaburan yang direncanakan menerusi Rancangan Selangor Pertama 2021-2025,” katanya. - Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara