web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Komited Tambah Baik Pelaburan Negara, Perkasa MIDA - Anwar

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 7:19PM

Anwar Ibrahim berkata MPN berperanan sebagai badan eksekutif tertinggi dalam merencanakan agenda berkaitan dua pelaburan, sekali gus memastikan tadbir urus pelaburan negara diperkasakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan komited untuk menambahbaik dan memperkasakan ekosistem serta lanskap pelaburan negara, bagi meningkat dan mengekalkan pelaburan langsung asing (FDI) serta pelaburan langsung domestik (DDI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, justeru Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bil 1/2023, baru-baru ini bersetuju menambah baik ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) negara, dengan melaksanakan inisiatif yang akan turut menyelaras fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.

Katanya, langkah itu amat penting dalam memastikan pendekatan menyeluruh kerajaan dari segi aktiviti penggalakan pelaburan negara secara lebih tersusun, cekap dan teratur.

“Ini juga akan memastikan Malaysia dapat mengoptimumkan sumber sedia ada, bagi mengatasi isu pertindihan tanggungjawab di antara IPA, sekali gus menjamin penyampaian perkhidmatan IPA lebih berkesan.

“Tadbir urus IPA juga menjadi faktor penting bagi pelabur membuat keputusan dan menilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan semasa MPN yang dipengerusikannya dan diadakan buat pertama kali selepas diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu.

Ujarnya, anggota tetap MPN terdiri daripada Menteri Kewangan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Menteri Ekonomi; Gabenor Bank Negara Malaysia serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.

MPN, katanya, berperanan sebagai badan eksekutif tertinggi dalam merencanakan agenda berkaitan dua pelaburan, sekali gus memastikan tadbir urus pelaburan negara diperkasakan.

“MPN juga bertanggungjawab menangani isu dan cabaran utama dalam pelaksanaan projek pelaburan, terutamanya membabitkan pelaburan strategik serta berimpak tinggi, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek terbabit.

“Dalam usaha menyelaras aktiviti penggalakan pelaburan dengan lebih berkesan dan meningkatkan keupayaan IPA dari segi keutamaan strategik, fungsi, sumber manusia, ciri organisasi serta dasar tadbir urus, penyusunan semula ekosistem IPA negara akan dimulakan dengan pelan penyelarasan fungsi dan peranan IPA secara berfasa,” katanya.

Susulan menjayakan usaha itu, Perdana Menteri berkata, MPN juga bersetuju memperkasakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara.

Menurutnya, pengukuhan fungsi penyelenggaraan akaun dan pemantauan IPA serta pemusatan pelaporan maklumat terkini pelaburan di bawah satu platform atau dashboard tunggal juga, akan menangani isu pelabur secara tangkas dan menyokong penggubalan dasar untuk pembangunan industri, insentif galakan pelaburan, selain memudahcara perjalanan pelabur serta fasilitasi pelaburan yang berkesan.

Ujarnya, hasrat itu adalah selaras dengan teras strategik di bawah Dasar Pelaburan Baharu (NIP) berlandaskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang menggariskan keperluan untuk menilai semula lanskap IPA negara, agar lebih terancang sekali gus memudahkan perjalanan pelabur.

“Mesyuarat MPN yang pertama ini juga turut membincangkan mengenai pemantauan projek pelaburan, khususnya hasil potensi pelaburan menerusi program Misi Penggalakan Perdagangan dan Pelaburan yang diketuai saya serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

“Jumlah pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bagi Suku Pertama 3 (S1) tahun 2023 adalah RM71.4 bilion, iaitu peningkatan 59.7 peratus, berbanding dengan S1 2022 (RM44.7 bilion), merangkumi 1,265 projek berpotensi menjana hampir 24,000 pekerjaan bagi rakyat Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, MPN dijadualkan untuk bersidang sekurang-kurangnya empat kali setahun agar setiap inisiatif dan program pelaburan dapat dipantau serta dinilai keberkesanannya.

“Kerajaan komited untuk memastikan setiap pelaburan yang diluluskan akan dilaksanakan, seterusnya memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Kerajaan yakin dasar dan strategi digubal akan memperkasa ekosistem pelaburan serta merancakkan aktiviti pelaburan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi negara, selain mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini,” katanya. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia, China Komited Pertingkat Kerjasama Demi Kepentingan Bersama

3

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Lihat Hubungan Dengan China Menerusi Lensa Strategik Menyeluruh - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Terbeban Peningkatan Kos, Operator Trak Tunda Rayu Diberi Subsidi Diesel

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind