web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 2:43PM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diketengahkan demi melahirkan generasi usahawan yang lebih berdaya saing menerusi Malaysia Madani - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sekretariat Hal Ehwal Industri Halal dan Keusahawanan UMNO Malaysia akan membantu sebaiknya golongan usahawan dan peniaga yang memerlukan sokongan. 

Pengerusinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diketengahkan demi melahirkan generasi usahawan yang lebih berdaya saing menerusi Malaysia Madani.

“Objektif utama penubuhan sekretariat ini untuk menyediakan wadah perjuangan parti bagi membela hal ehwal usahawan dan penggiat industri halal. 

“Tindakan ini demi memartabatkan ekonomi bangsa Melayu melalui pemerkasaan usahawan terutamanya melalui industri halal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak empat teras dipersetujui oleh ahli sekretariat melalui perbincangan pada mesyuarat pertama yang diadakan semalam. 

Tengku Zafrul berkata, antaranya adalah memastikan kelangsungan hidup peniaga mikro dan membantu peralihan usahawan daripada syarikat sederhana ke syarikat besar. 

“Pada masa sama, teras yang turut dipersetujui iaitu, memacu dan memecut perkembangan syarikat besar ke peringkat global serta melahirkan Technopreneur Bumiputera untuk teknologi masa hadapan.

“Ahli jawatankuasa juga bersetuju untuk menggalakkan penglibatan profesional dan usahawan berjaya daripada pelbagai latar belakang dan lapisan umur untuk turut bersama menyumbang idea serta pandangan di dalam sekretariat,” katanya. 

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, cadangan itu dipersetujui demi memastikan agenda berkenaan berjaya dilaksanakan sebaiknya oleh UMNO. 

“Kita turut adakan sesi libat urus bersama agensi terlibat secara langsung dalam industri halal dan keusahawanan pada masa terdekat bagi memenuhi kehendak industri dan juga keperluan rakyat.

“Sekretariat juga akan merangka dan melaksanakan pelbagai program yang berimpak tinggi kepada pemegang taruh,” katanya. - Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia