web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bank Negara Sedang Cari Penyelesaian Kukuhkan Ringgit - Ahmad Maslan

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 3:04PM

Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengukuhkan kembali nilai ringgit yang kini melemah - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mencari penyelesaian yang sesuai untuk mengukuhkan kembali nilai ringgit yang kini melemah, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata trend mata wang tempatan yang semakin melemah dijangka berterusan sekiranya permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan had siling hutang negara itu belum diluluskan.

“Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak Bank Negara dan saya yakin mereka mempunyai penyelesaian kerana lebih pakar dan arif dalam hal itu,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika ditanya mengenai kadar ringgit yang kekal rendah apabila keputusan perbincangan mengenai had siling hutang AS terus mencetuskan ketidaktentuan yang ketara.

Setakat 9 pagi hari ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam, paras terendah dalam tempoh enam bulan.

Bagaimanapun, di sebalik senario ringgit lemah tersebut, Ahmad berkata, ia sebenarnya boleh membantu menggalakkan sektor eksport dan pelancongan negara.

“Di sebalik itu kebaikannya yang saya lihat sektor eksport kita bakal bertambah selain jumlah pelancong dari luar juga akan meningkat datang ke negara ini kerana mereka memiliki ringgit lebih banyak berbanding sebelum ini.

“Saya harap fenomena ini (ringgit melemah) bersifat sementara dan ringgit akan kembali lebih stabil ke kadar lebih munasabah," katanya.

Namun begitu, katanya, jika situasi tersebut berlarutan ia akan menjadikan sektor import lebih mahal, meningkatkan kadar inflasi sedia ada serta membebankan rakyat terutamanya kepada pelajar yang belajar di luar negara.

Ketika ditanya sama ada situasi berkenaan akan memberi kesan terhadap kadar dasar semalaman (OPR), Ahmad berkata ia terpulang kepada BNM untuk menentukan perkara tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 3 bulan yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Malaysia Merekodkan 11.5 Bilion Transaksi E-Pembayaran Pada 2023

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

BNM Fokus Tingkatkan Kekukuhan Ekosistem Kewangan Islam Tahun Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia