web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seni Warisan Mak Yong Diangkat Dalam 'Hantu Mok Joh'

Amerul Affendi sekali lagi mempertaruhkan bakatnya dengan membawa watak yang memerlukan bertutur dalam loghat Kelantan dan menjadi penari Mak Yong.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Feb 2022 2:58PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyorot kembali sejarah lakon layar negara, beberapa naskhah yang mengangkat dialek Kelantan tidak kurang hebatnya mendapat perhatian daripada penonton di Malaysia seperti filem Bunohan, Pok Ya Cong Codei dan Mael Totey The Movie

Sebuah lagi karya yang tidak hanya menggunakan loghat pantai timur, malah turut mengangkat seni budaya tradisional Kelantan bertajuk Hantu Mok Joh bakal menemui khalayak menerusi saluran Astro First. 

Filem terbitan Kentang Hijau Universal Production ini mendapat sentuhan sutradara Asri Baq’U. Membawakan genre seram komedi, penggambaran untuk filem ini dilakukan di Kelantan menampilkan pelakon berbakat besar tanah air seperti Amerul Affendi (Yem), Fauziah Nawi (Mok Joh) dan Aloy Paradoks (Heri) sebagai teraju utama.

Menariknya, Amerul Affendi sekali lagi mempertaruhkan bakatnya dengan membawa watak yang memerlukan bertutur dalam loghat Kelantan dan menjadi penari Mak Yong. Malah, video klip sudutan dari filem yang memaparkan Amerul Affendi menari Mak Yong telah menerima reaksi positif daripada penonton.

“Kami cuba menampilkan kelainan dengan menggabungkan elemen seni moden dan tradisional. Tambah menarik, dialog filem ini mengangkat budaya Kelantan dan memaparkan kisah kehidupan masyarakat setempat yang amat dekat dengan kita. 

“Menerusi filem ini juga, kami cuba membariskan gabungan pelakon berbakat dan ‘influencer’ (pempengaruh) media sosial bagi menjayakannya. Manakala skrip yang ditulis oleh Engku Seri Kelantan dan Aloy Paradoks bukanlah dialog semata-mata, tetapi turut menyelit mesej-mesej tersirat dengan unsur pengajaran,” kata Udin Sham yang juga merupakan penerbit eksekutif filem Hantu Mok Joh

Kisah Hantu Mok Joh bermula apabila pelbagai andaian mula muncul rentetan dari kehilangan Mok Joh yang dikatakan mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Namun yang menjadi misteri ialah, sehingga kini jenazah Mok Joh masih belum ditemui. Penduduk kampung mula diganggu makhluk yang dikatakan hantu Mok Joh. Kedai Kopi Pok Heng yang selama ini kekurangan pelanggan, kini menjadi ruang para penduduk membincangkan isu panas tersebut.

Turut sama-sama menyerikan filem ini ialah barisan pelakon dari negeri Cik Siti Wan Kembang seperti Aprena Manrose, Kamarool Yusoff, Amir Raja Lawak, Hushairi Husain, Asrulfaizal Kamaruzaman dan ramai lagi. 

Hantu Mok Joh boleh disaksikan menerusi Astro First bermula 17 Februari 2022. 

Gambar: Astro First

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 6 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara