web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Ugutan Gara-Gara Kritik Filem, Zhaf Santai

Penilaian 3/5 yang diberikan Zhaf kepada filem 'Syahadan' ternyata menimbulkan rasa kurang senang beberapa aktivis dan penggiat filem.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2022 3:51PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tindakan seorang pengulas filem bernama Zhafvlog mengkritik filem Syahadan telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial. 

Zhaf telah memuat naik beberapa ciapan berkongsi pandangannya terhadap filem berkenaan dan menyifatkannya sebagai ‘Filem Tanpa Maruah, Filem Hina’ serta memberikan kritikan pedas terutama aspek teknikal dan garapan keseluruhan filem berkenaan.

Penilaian 3/5 yang diberikan Zhaf ternyata menimbulkan rasa kurang senang beberapa aktivis dan penggiat filem. Menerusi video yang dimuat naik Yusuf Azmi, dia berasakan Zhaf seolah-olah cuba menghina dunia seni bela diri silat yang menjadi kebanggaan orang Melayu. 

Bukan itu sahaja, beberapa jam lalu, seorang pengarah iaitu Nazreen Jefrizal juga turut memuat naik sebuah video berdurasi dua minit yang menyelar tindakan Zhaf. 

Korang kata nak membangunkan industri. Kalau zaman orang dunia kedua dahulu, korang kira tali barut yang bunuh bangsa sendiri,” katanya

Pelbagai reaksi diberikan warganet kepada senario ini. Ada yang beranggapan sudah masanya pembikin dan penggiat filem lebih terbuka untuk menerima kritikan sebagaimana komen yang lantang diberikan kepada pengkarya seni lain termasuklah nyanyian, lakonan bahkan sukan sekalipun.

Bukan itu sahaja, kritikan dari sudut teknikal adalah perkara biasa dan tidak wajar dikaitkan dengan agama dan budaya.

Ada juga yang beranggapan, kritikan boleh dilakukan namun seseorang harus menjaga perkataan dan bahasa agar tidak menyinggung.

Meskipun menerima ugutan gara-gara terbuka mengkritik filem, Zhaf bagaimanapun tidak mengendahkan sebaliknya masih menjalani rutian hariannya seperti biasa. 

Untuk rekod, Syahadan merupakan filem yang mengangkat seni tempur dan diarahkan oleh Dr. Fairus Hussain serta Halim Hassan. Mula ditayangkan pada 17 Februari lalu, filem ini dibintangi pelakon baharu, Al Jufferi sebagai watak utama. - Getaran, 22 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara