web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengarah 'Money Heist' Korea Sedia Dikecam

Dalam siri pembikinan semula berbahasa Korea ini, Kim masih mengekalkan tema dan plot yang sama namun menambah elemen tempatan untuk menghidupkan drama ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 12:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah Money Heist: Korea - Joint Economic Area, Kim Hong-sun sudah bersedia menerima reaksi  yang pelbagai oleh penonton terhadap pembikinan semula drama bersiri hit Money Heist berbahasa Sepanyol itu.

“Ramai yang telah menonton siri  asal dan semestinya memberikan harapan yang tinggi untuk siri pembikinan semula ini. Jadi saya sudah bersedia untuk kedua-dua reaksi sama ada penonton menyukainya atau memberikan kritikan dan kecaman. 

“Dalam pembikinan semula drama ini, kami cuba menyuntik elemen tempatan dan merasakan jalan ceritanya akan menjadi lebih menarik sekiranya wujud cerita kami di dalamnya. Jadi, adalah normal untuk kami menerima pelbagai respons daripada penonton,” katanya dalam satu temu bual bersama media tempatan. 

Pengarah Money Heist, Kim Hong-sun - Gambar The Korea Times
Pengarah Money Heist, Kim Hong-sun - Gambar The Korea Times

Dalam siri pembikinan semula berbahasa Korea ini, Kim masih mengekalkan tema dan plot yang sama iaitu jenayah thriller melibatan sekumpulan pencuri melakukan rompakan terbesar negara yang didalangi seorang lelaki bernama profesor.

Namun latar drama diubah  kononnya negara Korea Selatan dan Korea Utara sedang dalam proses penyatuan.

Kim mengakui, bukan mudah untuk memasukkan unsur tempatan dan mengekalkan plot asal cerita ini pada masa yang sama.

“Kami merasakan cara terbaik untuk membikin semula drama ini ialah menambah identiti kami tanpa mengubah identiti asal drama bersiri ini. Maka, kami cuba meletakkan ciri-ciri tempatan agar ia selari dengan cerita asal namun menghiburkan pada masa yang sama.

“Kami membayangkan situasi apa yang bakal terjadi sekiranya sebuah tempat yang dinamakan kawasan ekonomi bersama (joint economic area) diwujudkan sebelum penyatuan dua negara ini. Kami membayangkan bangunannya sangat moden namun masih mengekalkan elemen tradisional Korea. 

“Kami terpaksa membina tempat fiksyen yang menggambarkan masa hadapan dan kami mahu ia kelihatan ala-ala istana lama Korea. Tempat itu juga mestilah memberikan satu aura di mana ia sangat sangat mudah untuk dimasuki dari luar namun susah untuk keluar dari dalam,” jelas Kim.

Cerita ini turut mengetengahkan konflik antara Korea Utara dan Korea Selatan serta apa yang bakal terjadi kesan daripada penyatuan ini memandangkan masing-masing mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.

“Bayangkan, kita sudah hidup terpisah dengan Korea Utara selama 70 tahun. Saya khuatir kita akan hidup normal seperti tidak pernah berlaku apa-apa selepas penyatuan dua negara ini. Saya cuba menggambarkan bagaimana orang utara tinggal di selatan dan sebaliknya. Saya cuba sampaikan mesej inilah proses yang bakal kita perlu hadapi sekiranya penyatuan dua negara ini benar-benar terjadi,” tambahnya.

Namun begitu, pengarah itu berjanji lebih banyak konflik dan lebih banyak watak akan muncul pada musim kedua. 

“Dalam musim kedua, karakter di dalam drama ini akan menghadapi konflik yang lebih mencabar. Ketegangan antara perompak dan polis rencam dan ia akan menjadi lebih menarik,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 28 Jun 2022

Sumber foto: The Korea Times

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 hari yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Sepanyol Juara Euro 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara