web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SUKE TV Milik Datuk AC Mizal Semakin Rancak Beroperasi

Pernah diketawakan serta diperli dek cita-cita untuk membuka stesen TV sendiri, kini Datuk AC Mizal mampu berbangga apabila SUKE TV yang baru bersiaran tiga bulan mendapat sambutan.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 4:30PM

Stesen televisyen SUKE TV milik Datuk AC Mizal bersama isterinya Datin Emilia Rosnaida kini semakin rancak beroperasi sejak dilancarkan tiga bulan lalu - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Stesen televisyen SUKE TV milik Datuk AC Mizal bersama isterinya Datin Emilia Rosnaida kini semakin rancak beroperasi sejak dilancarkan tiga bulan lalu.

SUKE TV adalah rangkaian media dan hiburan terbaharu di Malaysia, bertujuan menghasilkan dan menyiarkan rancangan yang sesuai dengan cita rasa khusus penonton.

Matlamat SUKE TV adalah untuk membangunkan dan menyampaikan kandungan asli dalam semua genre untuk TV tempatan dan medium digital yang boleh ditonton di mana sahaja.

Selain kandungan beli-belah yang menjadi fokus utama stesen ini, SUKE TV juga menerbitkan rancangan menarik yang lain seperti drama, komedi dan sukan.

AC Mizal dan Emilia Rosnaida - Gambar oleh Helmi Anuar
AC Mizal dan Emilia Rosnaida - Gambar oleh Helmi Anuar

“Insya-Allah jika diizinkan Tuhan dalam tiga tahun kita sasar untuk mempunyai lebih kurang tiga atau lima saluran TV. Sasaran penonton kami adalah semua lapisan umur dari kanak-kanak sampai dewasa,” kata Datuk AC.

Apa yang lebih menarik, biarpun masih baru, namun sudah terdapat 72 selebriti dan pempengaruh atau influencer yang telah menjadi rakan perniagaan bersama SUKE TV. Antaranya ialah Fikry Ibrahim, Zulin Aziz, Salina Saibi, Linda Rafar dan ramai lagi.

“Waktu PKP ramai selebriti yang buat produk tapi tak boleh nak jual. Jadi saya cakap tak apa, mari sini kita tolong promosi,” katanya yang mensasarkan 200 selebriti dan pempengaruh untuk  bekerjasama dengan SUKE TV.

Selain dibuka untuk para selebriti dan influencer, SUKE TV juga membuka ruang buat usahawan yang berdaftar dengan industri kecil dan sederhana atau IKS dengan menawarkan sesi siaran selama 15 minit serendah RM2,000. 

Jika anda mengikuti perkembangan Datuk AC, pasti anda tahu impiannya untuk memiliki stesen TV sendiri sudah lama digembar gemburkan. Namun pelbagai halangan yang menimpanya untuk merealisasikan impian ini. Malah beliau pernah ditipu dan ditertawakan dek bercita-cita mahu memiliki stesen TV sendiri.

AC Mizal dan Emilia Rosnaida bersama tenaga kerja SUKE TV - Gambar oleh Helmi Anuar
AC Mizal dan Emilia Rosnaida bersama tenaga kerja SUKE TV - Gambar oleh Helmi Anuar

“Sebenarnya SUKE TV ini adalah percubaan terakhir saya. Saya sudah nak pulangkan lesen penyiaran yang saya dapat kerana biarpun kita belum membuka stesen TV, tetapi lesen itu perlu dibayar setiap tahun. 

“Bukanlah nak cakap saya kuat agama ke apa, tetapi saya sudah sampai tahap betul-betul berserah dengan Allah. Saya sepatutnya pulangkan lesen penyiaran pada bulan Jun, tetapi Alhamdulillah pada bulan April kami diberi rezeki untuk bersiaran.

“Kalau nak cakap malu, memang malu bila orang bercakap, perli dan sebagainya. Memang sakit hati. Tetapi saya dan isteri orang yang positif. Kami sentiasa berfikir ke hadapan apa yang harus kami lakukan,” kongsinya.

Di SUKE TV, semua pengacara yang terlibat adalah terdiri daripada muka-muka baharu yang bakat mereka digilap oleh Datuk AC sendiri. 

“Kita ada 10 pengacara yang bekerja tetap dengan SUKE TV. Saya sendiri yang melatih mereka semua. Bilangan pengacara ini akan bertambah dari semasa ke semasa seiring dengan penambahan program kita,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2022

Gambar : Helmi Anuar menggunakan iPhone 13 Pro

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara