web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertama Kali Galas Watak Hero Dalam Sekali Lagi Cinta Kembali, Aniq Suhair Sangat Teruja 

Aniq juga tidak meletakkan sebarang harapan agar drama ini mencetuskan fenomena seperti drama-drama lain khususnya ‘Melur Untuk Firdaus’.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 8:00PM

Aniq Suhair tidak kisah menjadi pilihan kedua menerajui drama bersiri, Sekali Lagi Cinta Kembali. - Gambar ihsan TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Aniq Suhair tidak kisah apabila dia menjadi pilihan kedua untuk menerajui  drama bersiri, Sekali Lagi Cinta Kembali, selepas pelakon asalnya, iaitu Idris Khan menolak tawaran tersebut. 

Bekas peserta Hero Remaja 2020 ini juga mengakui tidak pernah ambil pusing biarpun ada pihak mendakwa dia sekadar pengganti tempat bintang lebih senior seperti Idris Khan.

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

“Saya sangat teruja dan tidak tertekan sekiranya ada yang mengatakan saya hanyalah hero yang diambil pada saat akhir untuk menggantikan pelakon lain.

“Saya anggap rezeki ini sudah tertulis. Saya tidak pandang perkara ni sebagai satu yang negatif, sebaliknya, ia satu rezeki apabila dapat berlakon dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali ini,” katanya.

Aniq atau nama sebenarnya Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 21, juga memberitahu bahawa keterujaannya itu bertambah besar apabila dia diberi peluang buat pertama kali untuk menggalas tanggungjawab sebagai teraju utama drama bersiri tersebut. 

Aniq digandingkan dengan Siti Khadijah dalam Sekali Lagi Cinta Kembali. - Gambar ihsan TV3
Aniq digandingkan dengan Siti Khadijah dalam Sekali Lagi Cinta Kembali. - Gambar ihsan TV3

“Ini peluang yang saya tidak akan tolak, apatah lagi drama bersiri ini akan mengisi slot drama popular Akasia, ia tidak boleh dilepaskan. Peluang ini sudah lama diimpikan dan mungkin tidak datang lagi,” tambahnya pada sidang media Sekali Lagi Cinta Kembali

Ditanya, apakah dia meletakkan sebarang harapan agar drama ini bakal mencetuskan fenomena seperti drama-drama  lain khususnya ‘Melur Untuk Firdaus’, Aniq berkata, dia selesa untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

“Sejujurnya, kami berharap drama ini dapat sambutan yang baik, tetapi tidak terlalu berharap drama ini dapat meletop atau mencipta fenomena, kerana kalau ia tidak kesampaian, kami juga yang kecewa.

“Saya pun tidak mahu nak dibandingkan dengan drama-drama lain, kalau drama lain dapat sambutan sampai ke luar negara itu rezeki masing-masing,” ujar Aniq.

Drama bersiri ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ yang diinspirasikan daripada novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia ini diterbitkan A. Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan Riza Baharudin yang tayang pernah mengarahkan, Bisik-Bisik Gelora dan Kisah Cinta Kita

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

Ia mengisahkan Aira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai disebabkan nasihatnya. 

Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung. Sebaiknya sahaja mula bertugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya.

Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? 

Drama bersiri 28 episod ini telah mengisi slot Akasia sejak 13 September 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQIYI pada hari yang sama  – Getaran, 22 September 2022
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Amelia Henderson Berjaya Tangguh Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM200,000

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Amelia Henderson Fail Rayuan Terhadap Perintah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

“Impian Saya Nak Jadi Hartawan Dan Selebriti Yang Ada Wang Berkepuk-Kepuk" - Aniq Suhair 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Isu Langgar Kontrak, A. Aida Harap Generasi Pelakon Muda Akan Ambil Iktibar Terhadap Kes Amelia Henderson

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara