web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Senarai Tontonan Netflix Terbaru Untuk Anda, Bulan Oktober Yang Penuh Seram Ini!

Oktober nampaknya meriah dengan kehadiran pelbagai deretan drama dan filem menarik di Netflix. Ini senarai yang kami sediakan untuk anda.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 7:06PM

Tan Sri Michelle Yeoh memainkan watak Professor Emma Anemone dalam filem fantasi ‘The School for Good and Evil’.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap bulan, pasti akan ada filem dan drama menarik yang akan dipaparkan di Netflix. Daripada filem antarabangsa sehinggalah kepada karya original, banyak yang telah menjadi viral dan diperkatakan di media sosial.

Namun, bulan Oktober pasti akan menjadi bulan yang cukup menarik di Netflix kerana ia akan memaparkan beberapa kandungan yang menakutkan dan menyeramkan sempena kedatangan Halloween.

‘The Midnight Club’
‘The Midnight Club’

Antara adalah ‘The Midnight Club’ daripada Mike Flanagan yang ditayangkan  bermula 7 Oktober.

Siri tersebut mengisahkan sekumpulan pesakit remaja yang sakit tenat tinggal di Bright Cliffe Hospice dan mereka sama-sama mewujudkan Kelab Midnight. Mereka juga bertemu secara rahsia pada tengah malam untuk menceritakan kisah seram.

Kumpulan ini juga turut  membentuk pakatan, bahawa sesiapa yang mati dahulu akan berusaha untuk menghubungi ahli Kelab Midnight yang lain dari luar kubur.

Gusar anak anda tiada tonton yang sesuai bagi Halloween ini? Jangan risau, anda boleh tonton siri animasi kanak-kanak, ‘Dead End: Paranormal Park’. Dalam musim kedua ini, Barney, Norma dan rakan-rakan telah menjadi kru pembersihan di sebuah taman paranomal. 

‘Dead End: Paranormal Park’
‘Dead End: Paranormal Park’

Ikuti pengembaraan ghaib mereka yang menggembirakan dengan sekumpulan makhluk baharu yang pelik iaitu daripada malaikat kepada kembar jahat sehinggalah kepada anak patung yang gila bermula 13 Oktober ini.

Setiap tahun, episode ‘Blippi’ khas Halloween pasti  menjelma buat kanak-kanak dan akan ditayangkan pada 15 Oktober .

Kanak-kanak sangat mudah untuk terganggu dalam kegilaan perayaan ini, namun Netflix memastikan ia akan turut mendidik dan memberikan keseronokan buat kanak-kanak terutama tentang  hiasan halloween yang menyeronokkan.

Blippi
Blippi

Filem fantasi ‘The School for Good and Evil’ pasti akan menjadikan halloween lebih menarik. Filem baharu daripada Paul Feig ini  akan ditayangkan bermula 19 Oktober ini.

‘The School for Good and Evil’, merupakan adaptasi novel judul yang sama, mengisahkan tentang kawan baik Sophie dan Agatha yang mendapati diri mereka berada di sisi yang bertentangan dalam kisah dongeng moden apabila mereka hanyut ke sebuah sekolah yang di mana wira dan penjahat muda dilatih untuk melindungi keseimbangan yang baik dan jahat.

Bakal ditayangkan pada 21 Oktober ini, siri realiti terbaharu ‘28 Days Haunted’ akan menyaksikan tiga pasukan menghabiskan 28 hari di beberapa lokasi paling berhantu di Amerika.

Empat pasukan penyiasat paranormal akan dipilih  dan mereka juga akan  mengambil bahagian dalam eksperimen paranormal yang paling ekstrim sepanjang zaman.

‘28 Days Haunted’
‘28 Days Haunted’

Jika mana-mana pasukan ini boleh bertahan selama 28 hari di lokasi yang menyeramkan dan berhantu, mereka akan diiktiraf sebagai sebahagian daripada kemajuan terpenting dalam penyelidikan paranormal sejak beberapa dekad yang lalu.

Selamat menonton! - Getaran, 4 Oktober 2022

 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

3

Filem & TV 6 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara