web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Datuk A. Aida Tarik Balik Saman Ke Atas Aktor Idris Khan, Selesaikan Kes Di Luar Mahkamah 

Setelah perbincangan antara peguam Idris dan peguam  A. Aida, akhirnya satu persetujuan telah dicapai di antara kedua-dua pihak. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2022 5:50PM

Idris Khan (dua kiri) ketika hadir di mahkamah bersama pasukan peguamnya. - Gambar ihsan Idris Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Idris Khan mengakui bahawa penerbit drama dan filem, Datuk A. Aida telah menarik balik kesemua writ dan tuntutan saman ke atasnya. 

Perkara itu telah dimaklumkan Idris di dalam sebuah siaran akhbar ringkas yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

“Pihak kami telah menjalani perbicaraan (di Mahkamah Tinggi) pada pagi ini untuk membela hak dan diri saya. 

“Setelah perbincangan antara peguam saya dan peguam A. Aida, akhirnya satu persetujuan telah dicapai yang mana A. Aida telah menarik balik ke semua writ dan tuntutan ke atas saya tanpa kebebasan untuk memfailkan semula dengan syarat saya tidak memulakan tuntutan saman ke atas beliau, termasuk tuntutan saman malu ke atas beliau,” katanya. 

Dalam siaran akhbar itu, Idris turut menjelaskan: 

“Saya hanya perlu memberikan balik wang pendahuluan sahaja kepada beliau dan tiada apa-apa pengakuan daripada pihak beliau mahu pun pihak saya ke atas liabiliti di dalam kes ini. Pihak-pihak telah bersetuju dan mencapai kata sepakat pada hari ini. 

“Ini bagi saya satu pengadilan yang adil dan saksama keatas diri saya di mana pihak-pihak tidak perlu memanjangkan proses ini. Malahan, status quo saya di dalam kes ini tidak disekat. 

“Keputusan ini dibuat selepas perbincangan secara menyeluruh dengan peguam saya, Jason Wee dan pihak A. Aida,” katanya. 

Terdahulu, A. Aida telah mengheret Idris Khan dan Amelia Henderson ke mahkamah ekoran tindakan kedua-dua pelakon ini didakwa menarik diri pada saat-saat akhir untuk membintangi drama bersiri, 'Sekali Lagi Cinta' terbitan syarikat produksinya, A. Aida Productions.

A. Aida mendakwa disebabkan penarikan diri mereka pada saat-saat akhir yang melibatkan pelanggaran kontrak dalam drama tersebut, syarikat produksinya  terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM210,000. – Getaran, 1 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Amelia Henderson Berjaya Tangguh Permohonan Maaf, Ganti Rugi RM200,000

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Amelia Henderson Fail Rayuan Terhadap Perintah Bayar Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Isu Langgar Kontrak, A. Aida Harap Generasi Pelakon Muda Akan Ambil Iktibar Terhadap Kes Amelia Henderson

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Moratorium Hukuman Cubaan Bunuh Diri Perlu Ada Sebelum Pemansuhan Selesai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara