web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Moratorium Hukuman Cubaan Bunuh Diri Perlu Ada Sebelum Pemansuhan Selesai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 3:41PM

Azalina Othman Said berkata, pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri adalah satu usaha oleh kerajaan Madani untuk mencegah kes bunuh diri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan mencadangkan moratorium kepada pelaksanaan Seksyen 309 Kanun sebagai menghukum mereka yang membuat cubaan bunuh diri, sehingga pemansuhan seksyen tersebut selesai dilaksanakan dan diwartakan dengan sewajarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri adalah satu usaha oleh kerajaan Madani untuk mencegah kes bunuh diri.

“Langkah itu turut diharap akan menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke hadapan untuk mendapatkan bantuan.

“Ia boleh menghapuskan stigma terhadap perbuatan bunuh diri dan seterusnya menurunkan kadar kematian bunuh diri di Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Seksyen 309 Kanun Keseksaan, seseorang yang cuba membunuh diri berdepan hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, pelaksanaan perkara itu akan memudahkan urusan berkaitan penguatkuasaan dan pendakwaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan untuk menjelaskan pindaan kepada Rang Undang-Undang (RUU) yang akan memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama, hari ini.

Jelas beliau lagi, RUU berkaitan pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri merangkumi RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 dan RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023.

“RUU tersebut adalah hasil daripada kajian, sesi libat urus dan usaha sama berterusan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Peguam Negara dan agensi kerajaan lain,” katanya.

Azalina berkata, selain memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan, Seksyen 305 dan 306 juga akan dipinda untuk memasukkan persubahatan perlakuan percubaan bunuh diri oleh mana-mana orang, sebagai kesalahan jenayah dan dibezakan berdasarkan kategori orang yang dihasut untuk melakukan tindakan berkaitan.

“Hukuman dicadang untuk diperkasakan dan ditingkatkan bagi kes bunuh diri yang melibatkan kanak-kanak dan golongan kurang kapasiti mental, berbanding manga lain kerana kumpulan ini terdedah kepada situasi serta keadaan di mana mereka mudah dipengaruhi dan dimanipulasi oleh pelaku,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga akan mewujudkan pegawai intervensi krisis yang akan diberi kuasa menangkap mengikut Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615).

“Hal ini susulan cadangan pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi meniadakan kesalahan percubaan membunuh diri dan tidak lagi sebagai suatu kesalahan jenayah, terdapat keperluan bagi menguruskan kes percubaan membunuh diri oleh pihak penguat kuasa terlibat,” katanya. – Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

RCI Batu Puteh Untuk Tambah Baik Isu Kedaulatan Negara, Bukan Cari Salah - Azalina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah