web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


FDAM Mohon Syarikat Produksi, Stesen TV Tangguh Penggambaran Supaya Anak Seni Dapat Mengundi 

Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim berkata, penggiat seni turut memainkan peranan penting sebagai rakyat Malaysia untuk pergi mengundi. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 10:09AM

Dr. Ahmad Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa agar semua ahli FDAM dan penggiat seni keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada 19 November ini.

Bagi memastikan proses PRU-15 berjalan lancar, FDAM memohon agar semua syarikat produksi dan stesen TV termasuk pengarah yang sedang atau akan menjalani penggambaran pada tarikh PRU15 supaya penggambaran dapat ditangguhkan bagi tujuan mengundi.

Presiden FDAM, Dr. Ahmad Ibrahim berkata, penggiat seni turut memainkan peranan penting sebagai rakyat Malaysia untuk pergi mengundi. 

Gambar oleh Azim Rahman
Gambar oleh Azim Rahman

“Ini merupakan tanggungjawab penting yang wajib dilaksanakan tanpa ada sebarang alasan, kekangan atau isu membabitkan aspek kerja pada tarikh PRU-15.

“FDAM juga memandang serius sekiranya ada syarikat produksi mahupun stesen TV yang bersikap tidak bertimbang rasa dalam memberi kebenaran pada penggiat seni pergi mengundi.

“Apa jua penggambaran boleh ditangguhkan kerana mengundi pada PRU-15 merupakan tugas penting demi masa depan negara kita sendiri. 

“Sebagai cadangan, FDAM meminta syarikat produksi dan stesen TV membuat penjadualan semula tarikh penggambaran yang sepatutnya dilakukan pada tarikh mengundi PRU-15,” katanya. 

FDAM turut menyatakan sokongan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memberikan cuti khas sehari sebelum tarikh mengundi iaitu pada 18 November 2022 untuk penggiat seni balik mengundi.

“Sudah tentu ada penggiat seni yang mungkin mengundi di kampung mereka yang jauh dan ini memberi peluang pada mereka pulang untuk mengundi.

“Buat semua ahli FDAM dan penggiat seni, marilah kita beramai-ramai pergi mengundi pada 19 November ini. Penggiat seni juga penentu masa depan negara, tunaikan kewajipan anda pada negara,” kata Ahmad lagi.  – Getaran, 18 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara