web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hanya 6 Peserta Ke Final, Dina Dan Fuad Tersingkir Dari GV9

Lapan peserta berentap di peringkat separuh akhir untuk menempah tiket ke peringkat akhir, namun hanya enam peserta yang berjaya. 

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 10:00AM

Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kesembilan menyaksikan dua peserta terpaksa meninggalkan pertandingan itu selepas 10 minggu bersaing.

Dua peserta itu adalah Dina Nadzir dan Fuad Rahman yang gagal melangkah ke peringkat akhir kerana mendapat markah tercorot. 

Dina berada di tangga ketujuh dengan markah sebanyak 59.20 peratus , manakala Fuad pula berada di tangga kelapan dengan markah sebanyak 58.30 peratus. 

Pada malam konsert itu Dina dan Fuad menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu solo dan satu lagu duet di mana mereka berdua telah dipasangkan bersama untuk menyampaikan lagu Boneka dari Ernie Zakri. 

Sewaktu segmen 'ada lagu ada lagi', hos GV9 iaitu Nabil Ahmad dan Elly Mazlein mengumumkan bahawa hanya enam peserta yang akan mara ke peringkat akhir.

Dina turut tersingkir di peringkat separuh akhir. - Gambar fail
Dina turut tersingkir di peringkat separuh akhir. - Gambar fail

Jaclyn Victor muncul sebagai peserta pertama yang melangkah ke pentas akhir dengan mengumpul markah sebanyak 84.35 peratus. 

Tempat kedua pula menjadi milik Shila Amzah dengan markah sebanyak 79.20 peratus, diikuti Bob Yusof (78.70 peratus), Tomok (75.79 peratus), Hazrul Nizam (75.80 peratus), dan VE (74.30 peratus).

Di minggu akhir nanti, kesemua peserta akan membuat dua persembahan di mana satu persembahan solo dan satu lagi persembahan 'battle' di antara peserta. 

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mara ke peringkat akhir. - Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

2

Muzik 1 tahun yang lalu

“Dia Sepatutnya Menyanyi Lagu Britney Spears, Bukan Christina Aguilera” – Juri Singkirkan Peserta Dari Singapura, Farhan Shah

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aidilfitri Pertama Bergelar Suami Isteri - Tom Teruja Beraya di Singapura, Kembali Bersatu Dengan Anak Semula 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara