web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aidilfitri Pertama Bergelar Suami Isteri - Tom Teruja Beraya di Singapura, Kembali Bersatu Dengan Anak Semula 

Manakala suaminya, Fuad Rahman pula memgakui sering menantikan juadah kegemarannya yang disediakan Tom. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 1:00PM

Fuad (kiri) dan Tom cukup teruja dapat menyambut lebaran sebagai pasangan suami isteri di Singapura. - Gambar Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom teruja beraya buat pertama kali di tanah kelahiran suami, Fuad Rahman di Singapura. 

Turut menambah rasa istimewa, lebaran kali ini juga dirayakan bersama-sama anak sulung Tom, Adam yang sudah terpisah sembilan tahun. 

“Kehidupan selepas berkahwin sangat seronok. Tahun ini lengkap keluarga saya beraya bersama termasuklah anak yang sudah lama tak jumpa. 

“Sangat teruja kerana ini kali pertama kami beraya di tempat suami di Singapura. Maklumlah, baru pertama kali dapat orang Singapura. Bolehlah anak-anak kumpul duit raya dollar,” kata Tom sambil ketawa ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Berbual mengenai hari raya, sudah tentu terdapat juadah istimewa tang dinantikan. Menurut Fuad, dia beruntung kerana dikurniakan isteri yang pandai memasak.

“Saya paling nantikan juadah kuih semperit susu. Antara masakan Tom yang menjadi kegemaran saya adalah nasi ayam dan ikan cencaru sumbat,” celah Fuad. 

Bila sudah melangsungkan perkahwinan, sudah pasti ada sahaja soalan bila mahu menimang cahaya mata yang baru.

Saya baru lepas keguguran, tapi bayi masih  berusia tiga minggu. Sebelum ini kami tak rancang betul-betul. Kali ini jika mahu anak kami akan lakukan perancangan. Jika ada rezeki, adalah,” kata Tom.

Terdahulu, Tom dan Fuad Rahman telah melangsungkan perkahwinan di Batam Indonesia pada Februari lalu. Sebelum ini mereka pernah menjalin hubungan cinta pada tahun 2005 sebelum putus di tengah jalan pada tahun 2010. 

Namun, penglibatan mereka di dalam program Gegar Vaganza Musim Kesembilan pada tahun lepas telah membuatkan hubungan cinta mereka kembali bertaut semula sehingga mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. – Getaran, 24 April 2024 

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Bakal PM Singapura Umum Barisan Kabinet

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara