web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Drama ‘Nikah Cerai Rujuk’ Sarat Dengan Pengajaran Dan Iktibar Liku-Liku Bahtera Perkahwinan 

Drama ini banyak memaparkan realiti di sebalik perkahwinan apabila berdepan dengan isu suami curang, isteri yang dimadukan dalam diam atau suami dikongkong ibu mertua yang dialami beberapa pasangan suami isteri.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 6:00PM

Drama ini banyak memaparkan realiti di sebalik perkahwinan apabila berdepan dengan isu suami curang, isteri yang dimadukan dalam diam atau suami dikongkong ibu mertua - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti akan berhadapan dengan cabaran dan dugaan dan adakalnya apabila segala permasalahan itu tidak dapat ditangani, akhirnya perceraian menjadi solusi. 

Barangkali, ramai yang mampu menjadikan drama bersiri ‘Nikah Cerai Rujuk’ yang mula ditayangkan di Astro Ria bermula 26 Disember lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. 

Drama bersiri terbitan JS Picture yang diarahkan bersama pengarah bapa dan anak iaitu Jinggo Azman Yahya (Jinggo)  dan Uzair Haqimy (Haq) banyak memaparkan realiti di sebalik perkahwinan apabila berdepan dengan isu suami curang, isteri yang dimadukan dalam diam atau suami dikongkong ibu mertua. 

Haq berkata, ‘Nikah Cerai Rujuk’ adalah siri wajib tonton kerana cerita ini menceritakan tentang pelbagai masalah rumah tangga yang dialami beberapa pasangan suami isteri. 

“Cerita ini juga memberi banyak nilai moral kepada setiap orang yang sedang menghadapi realiti yang akan diceritakan dalam drama ini.

“Terlalu banyak pengajaran dan nilai moral yang kita cuba jelaskan dalam drama ini. Antaranya adalah nilai kesabaran, ketanggungjawaban, kasih sayang, dan terlalu banyak lagi.

“ Saya berharap agar yang menonton mampu mengambil pengajaran dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba,” katanya. 

‘Nikah Cerai Rujuk’ dibintangi ramai barisan pelakon hebat seperti Dynas Mokhtar, Datuk Sri Eizlan Yusof, Shaza Bae, Halim Radzi, Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Zarul Umbrella sebagai enam tunggak utama serta didukung oleh Mimi Ernida, Nasz Sally dan ramai lagi.

“Alhamdullillah, gandingan di antara setiap pelakon dalam cerita ni sangat menjadi. Mungkin juga kerana semua pelakon berjaya mendalami watak masing masing, dan wujudnya pelakon  lama dalam pembikinan cerita ini yang tidak berkira untuk berkongsi ilmu sangat membantu pelakon baru untuk menjayakan watak masing masing.

“Cabaran bagi saya, lebih kepada nak keluarkan watak yang dilakonkan pada seseorang pelakon itu. Saya sentiasa mahukan perubahan dari segi watak yang pernah dibawa oleh pelakon-pelakon tanah air kita,” tambahnya. 

‘Nikah Cerai Rujuk’ mengisahkan tentang kisah rumah tangga tiga pasangan- Dr. Alia dan Hisyam, Hanna dan Adam serta Sumaiyyah dan Azlan. 

Ketiga-tiga pasangan ini akan berdepan dengan kisah yang berbeza. Sumaiyyah dan Azlan berdepan dengan kisah kecurangan Azlan yang dilakukan secara terang- terangan sehingga Sumaiyyah jadi tawar hati dengan suaminya itu. 

Hanna pula berdepan dengan ibu mertua yang terlalu mengongkong anaknya sehingga berlaku perceraian. Hanna dan Sumaiyyah akhirnya bertemu dengan Dr Alia, iaitu seorang 'Marriage Counselor' yang dikenali ramai untuk membantu mereka berhadapan dengan masalah mereka itu. 

Tapi apa yang orang tidak tahu, Dr Alia juga juga berhadapan dengan masalah sendiri apabila dia dimadukan tanpa pengetahuannya.

Drama ‘Nikah Cerai Rujuk’ turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. - Getaran, 5 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara