web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penerbit 'Mat Kilau' Jawab Tuduhan Zul Hassan Tentang RM150,000, 'Kami Tiada Hutang Dengan Mana-Mana Pembekal!'

“Dakwaan kami ada berhutang sejumlah wang kepada Zul Hassan adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Kami juga menafikan bahawa individu berkenaan adalah pemilik bagi sebuah tanah di set penggambaran filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan,” – Studio Kembara.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 1:22PM

Studio Kembara tampil membuat penjelasan selepas Zul Hassan mendakwa dia masih belum dibayar seperti yang dijanjikan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Produser Studio Kembara menafikan bahawa mereka masih mempunyai bayaran tertunggak sebanyak RM150,000 yang belum dilangsaikan kepada seorang individu bernama Zul Hassan, 60, sewaktu penggambaran penggambaran filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan sedang disiapkan. 

Studio Kembara tampil membuat penjelasan tersebut selepas Zul Hassan yang menyatakan dirinya adalah pemilik tanah di set penggambaran Mat Kilau dan mendakwa dia masih lagi belum mendapat apa-apa bayaran atas peranan dan kerja-kerja yang telah dilakukannya sebagaimana yang dijanjikan. 

Sehubungan itu, Studio Kembara menerusi satu siaran akhbar menyatakan bahawa mereka sekeras-kerasnya menafikan dakwaan bayaran tertunggak yang dibuat oleh individu berkenaan dan menyatakan semua pembekal sudah dibayar atas segala khidmat dan tugas mereka. 

“Dakwaan kami ada berhutang sejumlah wang kepada Zul Hassan adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Kami juga menafikan bahawa individu berkenaan adalah pemilik bagi sebuah tanah di set penggambaran filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan

“Malah individu tersebut hanya memegang status pemilikan tanah yang dijadikan set penggambaran pada 29 Julai 2019 sedangkan seluruh penggambaran filem telah selesai pada Februari 2019. Ini dapat dibuktikan melalui carian tanah di Kampung Padang Marhum, Lambor Kanan, Perak seperti yang didakwa,” katanya. 

Menurut pihak Studio Kembara lagi, mereka tidak ada membuat apa-apa binaan untuk tujuan penggambaran filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di atas tanah yang didakwa milik Zul Hassan.

“Dakwaan binaan dibuat atas tanah beliau ini juga tidak benar kerana binaan berbentuk jeti dibuat di atas tanah rezab sungai. Encik Zul Hassan tidak mempunyai apa-apa asas untuk menuntut bayaran mahupun imbuhan dari kami. 

“Malah, pihak subkontraktor Studio Kembara ada memberi sejumlah wang sebanyak RM3,000 kepada individu tersebut sebagai kos sewa jeti kerana beranggapan beliau adalah pemilik tanah tersebut yang kemudian disahkan tidak benar.

“Malah, semakan kami mendapati terdapat bayaran-bayaran yang tidak sepatutnya dibayar kepada individu tersebut tetapi telah dibayar melalui subkontraktor Studio Kembara,” kata mereka. 

Bahkan, Studio Kembara turut mengesahkan tiada sebarang janji, kontrak, mahupun persetujuan yang pernah dibuat oleh kami kepada individu tersebut berkaitan sebarang kos dalam apa jua khidmat atau peranan termasuklah penyedia tapak, pembinaan set, keselamatan, penginapan atau apa-apa tugas sekalipun.

“Kami mengesahkan bahawa semua set atau lokasi penggambaran telah dibuat di atas tanah atau tempat telah dibenarkan oleh pemilik sah di sisi undang-undang. 

“Kami turut menegaskan bahawa semua pembekal, penyedia perkhidmatan, atau subkontraktor telah dibayar lengkap atas kerja-kerja yang mereka lakukan dan tiada lagi bayaran tertunggak yang perlu dibayar oleh Studio Kembara kepada mana-mana pihak. Ini dapat dibuktikan dengan segala rekod pembayaran yang kami simpan.

“Oleh itu pada pendapat Studio Kembara, terdapat dakwaan palsu dan malah boleh dianggap cubaan menipu pihak Studio Kembara oleh individu tersebut. 

“Unit Undang-Undang Studio Kembara sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zul Hassan kerana terdapat unsur penipuan dan dakwaan palsu yang telah mencemar nama baik Studio Kembara,” kata mereka lagi. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Selebriti 8 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tidak Rasional Tuduh Kerajaan Persekutuan Anak Tiri Negeri Pembangkang - Saifuddin

4

Semasa 11 bulan yang lalu

'Hutang Tak Bayar Bukan Benda Baharu', Bekas Pekerja Buat Pendedahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia