web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Hutang Tak Bayar Bukan Benda Baharu', Bekas Pekerja Buat Pendedahan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 10:51AM

Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusuf Azmi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kes hutang gagal dibayar didakwa melibatkan Semboyan Malaysia dan vendor yang pernah meletakkan barangan di pasar raya milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu nampaknya semakin hangat.

Terbaru, bekas pekerja NGO terbabit tampil membuat pendedahan dan mengakui kes seumpamanya bukan perkara baharu.

Membuat pengakuan tersebut kepada pengendali laman My Kuala Langat di Facebook, individu berkenaan berkata, ia bukan sekadar melibatkan vendor pasar raya, tetapi juga membabitkan beberapa perkara lain.

Tangkap layar WhatsApp individu yang mendakwa bekas pekerja Semboyan Malaysia - gambar Facebook
Tangkap layar WhatsApp individu yang mendakwa bekas pekerja Semboyan Malaysia - gambar Facebook

“Benda tak bayar ni benda biasa dalam Semboyan. Saya bukan buat fitnah tapi benda ni dah biasa saya dengar. Masa kerja dulu pun ada jugak vendor yang dari printing semua tu pernah contact officemate minta bayaran.

Even ada juga bekas business partner adik dia pernah sampai tahap nak beli barang keperluan rumah pun tak mampu sebab tak dibayar apa-apa. Sampai satu tahap dah tak larat nak tuntut janji, redakan aja,” katanya.

Tangkap layar WhatsApp individu yang mendakwa bekas pekerja Semboyan Malaysia - gambar Facebook
Tangkap layar WhatsApp individu yang mendakwa bekas pekerja Semboyan Malaysia - gambar Facebook

Jelas bekas pekerja tersebut, itu adalah antara punca mengapa dia akhirnya memutuskan untuk tidak lagi berkhidmat dengan NGO terbabit.

“Sebab itu jugak saya chow dari Semboyan sebab nampak terlalu banyak benda yang tak betul jadi depan mata.

“Senang cerita, kalau deal dengan Semboyan ni takde hitam putih, memang tak boleh nak counter sebab mereka lebih tahu law,” dakwanya lagi.

Beberapa hari lalu, sebuah syarikat dikenali sebagai Arleyza Resources mendakwa hutang dibuat oleh Semboyan Supermarket yang beroperasi di Bandar Saujana Putra masih belum dijelaskan walaupun selepas beberapa tahun.

Dakwa pengurus syarikat, Rosliza Desa, hutang berkenaan telah berusia tiga tahun dan syarikat terpaksa menanggung kerugian besar.

“Kami telah sehabis baik berikan budi bicara dan tolak ansur. Sebagai manusia yang beragama dan beriman, kita tak mahu bawa hutang ke lubang kubur.

“Sudah sekian lama bersabar bertahun lamanya menagih janji untuk langsaikan hutang. Hebat dan gagah di mata kalangan pengikut, tetapi sendiri aniaya orang Melayu dan Islam,” katanya. – Getaran, 4 November 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Semasa 11 bulan yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mansuh Pelepasan Cukai SSPN, Musnah Galakan Menabung, Ramai Terbeban Hutang Pendidikan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global