web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Rasional Tuduh Kerajaan Persekutuan Anak Tiri Negeri Pembangkang - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 8:01PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) ketika melawat Projek Tebatan Banjir Sungai Kedah, hari ini. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Dakwaan kononnya kerajaan Persekutuan sentiasa menganak tirikan negeri-negeri ditadbir pembangkang adalah satu tuduhan yang tidak rasional, kerana rakyat sentiasa boleh membuat penilaian berhubung perkara itu bersandarkan data-data sahih. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai contoh Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM1.81 bilion membabitkan 430 projek fizikal dan tidak fizikal di Kedah bagi tahun 2024 di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menurutnya, angka itu menunjukkan peningkatan untuk pembangunan Kedahm berbanding hanya RM1.4 bilion sebelum ini. 

"Dalam hal ini, biar data berbicara. Kalau soal pembangunan, Belanjawan dibentangkan kerajaan negeri Kedah memperuntukkan sebanyak RM100 juta, manakala kerajaan Persekutuan datangkan RM1.81 bilion. 

"Walaupun terdapat perbezaan dari segi kerajaan memerintah di Persekutuan dan negeri, namun saya tak fikir ada rasional untuk membuat tanggapan kononnya kerajaan Persekutuan nak korbankan kepentingan rakyat di negeri tertentu. 

"Saya tak fikir kesimpulannya kita nak ketepikan, belakangkan atau jauh sekali anak tirikan negeri-negeri ini. Ini pendekatan paling tepat dengan kira raikan perbezaan menerusi amalan demokrasi dan dalam masa sama, tanggungjawab hakiki kerajaan Persekutuan untuk beri keselesaan kepada rakyat tetap ditunaikan," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah di sini, hari ini. 

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terhadap agensi kerajaan supaya tidak menjadi 'barua' kepada pihak tertentu, Saifuddin berkata, seorang pemimpin seharusnya lebih berhati-hati dalam memilih perkataan. 

"Proses pilihan raya sudah berakhir dan rakyat telah buat keputusan. Sebagai seorang muslim, agama kita mengajar tentang akhlak, adab, akidah, syariah dan pemilihan perkataan ini, saya fikir perlu dibuat secara berhati-hati. 

"Perkataan seumpama itu sebaiknya kita elakkan kerana langsung tidak memberi gambaran sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya menunjukkan sikap lebih cantik kepada rakyat," katanya. 

Pada masa sama, beliau enggan mengulas kenyataan penulis blog kontroversi, Raja Petra Raja Kamarudin yang mendakwa, Malaysia dan United Kingdom tidak memiliki perjanjian ekstradisi bagi membolehkan dia dibawa pulang ke tanah air untuk didakwa di bawah tuduhan menghasut atau memfitnah berhubung 'Langkah Dubai'. 

"Saya tak mahu ulas apa-apa mengenai beliau kerana tindakan itu tidak akan mengubah hakikat bahawa Raja Petra membawa dirinya ke luar negara setelah pelbagai tindakan mahkamah dan penghakiman awal tidak memihak terhadap beliau. Hakikat beliau memilih berada di negara lain berbanding berdepan undang-undang menceritakan segalanya.

"Dari segi itu, saya tak fikir beliau ada kredibiliti lagi untuk layak diberi ulasan. Sudah ada beberapa keputusan mahkamah ke atasnya tetapi sebagai 'pemberani', beliau pilih duduk di Manchester dan saya fikir, Raja Petra sudah tidak ada kewibawaan untuk kita ulas," katanya.  - Getaran, 15 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi