web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

Monsta berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Jepun, yang sememangnya terkenal dengan industri animasi hebat di mana Mechamato mampu menawan hati penonton negara itu terutama dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Mar 2023 8:08AM

Mechamato layak menerima anugerah itu selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas - Gambar Twitter

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Filem Mechamato terbitan syarikat tempatan Animonsta Studios (Monsta), yang melakar sejarah tersendiri sebagai animasi pertama dari luar Jepun memenangi Anugerah Peminat Anime, menerima anugerah itu hari ini di Festival Anugerah Anime Tokyo (TAAF) 2023.

Monsta dalam satu kenyataan memaklumkan Mechamato layak menerima anugerah itu selepas mendapat sambutan menggalakkan apabila ditayangkan di Cartoon Network dan Netflix Jepun tahun lepas.

Ketua Pegawai Kreatif Monsta Anas Abdul Aziz menerima anugerah itu dengan memakai baju Melayu biru muda mewakili syarikat berkenaan pada majlis yang berlangsung di Tokyo selama empat hari dari 10 hingga 13 Mac.

Menerusi ciapan di akaun Twitter, Anas menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan beliau kepada mereka yang sudi mengundi Mechamato.

"Alhamdulillah. Terima kasih kepada setiap peminat yang sudi mengundi kami dari seluruh Rantau Asia Pasifik. Kami akan terus bekerja keras dan membawa AniMY (animasi Malaysia) ke destinasi baharu dan pada masa sama, turut mengeksport budaya kami," katanya.

Kenyataan itu menyebut Monsta berbesar hati menerima pengiktirafan daripada Jepun, yang sememangnya terkenal dengan industri animasi hebat di mana Mechamato mampu menawan hati penonton negara itu terutama dalam kalangan kanak-kanak dan keluarga.

Mengulas rancangan masa depan Monsta untuk mengembangkan siri animasi itu di Jepun, Anas berkata Mechamato Musim Kedua sudah selesai menjalani proses alih suara untuk jadual siaran di negara berkenaan manakala Mechamato Musim Ketiga sedang dalam pembikinan.

Mechamato kini berada di tangga teratas dalam kategori filem animasi tempatan serta ditayang di rangkaian pawagam Indonesia dan Singapura kerana ia telah dialih suara sepenuhnya ke dalam Bahasa Inggeris.

Sebelum ini, Anugerah Peminat Anime telah dimenangi oleh beberapa filem ikonik seperti Idolish Seven pada 2021 dan 2022, Uta no Prince-sama pada 2020 dan Yuri!!! On ICE pada 2018 dan 2017. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

4

Selebriti 6 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara