web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

Kebanyakan siri animasi dewasa masih boleh ditonton sehingga ke hari ini, silalah ke  Disney+ Hotstar.

Filem & TV Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2024 8:00AM

Siri animasi The Simpsons

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika di zaman kanak-kanak, kalau boleh semua siri animasi atau kartun ingin ditonton. Tetapi, ada beberapa siri yang akan ditegah oleh mak. “Tak boleh tengok. Tak elok untuk budak-budak!” tegas mak.

Ini kerana siri animasi terbabit punya jenaka tidak sopan atau berbaur lucah yang tidak sesuai untuk anak-anak yang di bawah umur.

Namun, ia mengundang tawa kepada golongan dewasa, dan kerana itulah animasi ini hanya layak ditonton oleh ‘kita-kita’ yang sudah bijak menilai baik dan buruk. 

Berita baiknya ialah, kebanyakan siri animasi dewasa masih boleh ditonton sehingga ke hari ini. Jadi, kalau anda teringin melayan animasi ini sejak dulu, silalah ke  Disney+ Hotstar untuk tonton pada bila-bila masa. Tiada siapa yang akan menghalang!

Sambil-sambil itu, cuba nilaikan sendiri kenapa mak, ibu atau mama anda larang sebelum ini. Berikut adalah senarai animasi dewasa yang boleh ditonton:

1. Solar Opposites

Animasi ini adalah gambaran sekilas tentang bagaimana makhluk asing mendiami bumi, mengisahkan tentang empat makhluk asing yang menyesuaikan diri dengan kehidupan manusia ketika mereka melarikan diri dari dunia asal mereka yang meletup, Shlorp.

Berlangsung setahun selepas Korvo, Terry, Yumyulack dan Jesse terhempas ke dalam cul-de-sac di pinggir bandar di Amerika.

Solar Opposites melihat keluarga itu tetap bersatu walau apa pun cabaran yang datang. Dalam masa yang sama mereka membawa misi untuk melindungi Pupa yang berharga, superkomputer yang hidup dari planet asal mereka.

Padat dengan jenaka mencemaskan yang mengundang tawa, unsur keganasan dipersembahkan dengan cara yang ringan, serta visual yang dipersembahkan juga menakjubkan.

Solar Opposites sebenarnya membawa mesej tentang kehidupan ketika ini. Daripada kesan buruk pencemaran dan kepenggunaan, kepada kreativiti dan inovasi manusia yang luar biasa, Korvo, Terry, Yumyulack dan Jesse meneroka dualiti kehidupan di bumi dan pada asasnya, apa ertinya menjadi manusia.

2. Family Guy

Temui keluarga Griffin, Peter, ketua rumah tangga yang sangat menyayangi isterinya, Lois dan tiga anak mereka – Meg, anak sulung yang tiada kehidupan; Chris yang janggal dan pemalu dan Stewie, si bayi genius. Tidak lupa, anjing mereka yang boleh bercakap, Brian.

Di tengah-tengah kekacauan keluarga ini melalui kehidupan seharian, mereka berdepan satu demi satu senario yang keterlaluan, dan jenaka yang tidak sesuai tetapi diingati ramai serta menjadi ‘punch line’ kegemaran.

Karektor Stewie turut dijadikan ‘GIF’ yang memanggil Lois, “Mum, Mummy, Mummy, Mama”  tanpa henti. Selain itu, audio “Do you or do you not feel bonita? I feel bonita. Wonderful. Because you look bonita!” juga popular di platform TikTok.

3. Futurama

Berkisar tentang syarikat penghantaran antara planet, Planet Express dan pekerjanya, Futurama melihat seorang budak penghantaran bernama Fry jatuh ke dalam tiub kriogenik pada tahun 2000, dan membeku dalam masa hampir seribu tahun.

Selepas dibebaskan pada 31 Disember 2999, dia mendapati dirinya menjadi budak penghantaran sekali lagi, bekerja dengan Kapten Ekspres Planetary Turanga Leela dan robot bermulut busuk, Bender.

Ketika ketiga-tiga mereka mengembara merentasi alam semesta, penonton sudah pasti akan melihat ikatan kuat yang mula terbentuk antara Fry, Leela dan Bender. Bahkan, penonton juga secara tidak dijangka mungkin akan terikat dengan watak-watak ini setelah mengikuti mereka sepanjang musim.

Diraikan kerana kelucuan yang tiada tandingan dan kedalaman emosinya, Futurama menonjol sebagai salah satu siri animasi terbaik abad ini, menjadikannya sebagai salah satu animasi mesti tonton.

4. The Simpsons

Animasi yang menyindir kehidupan Amerika menerusi watak Homer dan keluarganya, iaitu si isteri Marge, Bart yang bermasalah, Lisa yang berkarisma, dan si kecil Maggie yang comel.

Walaupun menyindir dan mengkritik pelbagai aspek budaya, masyarakat, politik, dan sejarah Amerika, The Simpsons tetap hadir dengan detik-detik yang menyentuh hati.

Di tengah-tengah kekacauan yang tidak berkesudahan di dalam kehidupan seharian keluarga Simpsons, perkara yang benar-benar memikat penonton ialah kasih sayang yang dimiliki oleh Homer, Marge, Bart, Lisa dan Maggie.

Mereka kadangkala membuatkan penonton tersentuh hati, contohnya ketika Homer mengorbankan pekerjaan impiannya demi keluarganya dan kehadiran anak bongsunya, Maggie.

Menerusi kecerdikan dan jenaka bijak rancangan itu, The Simpsons telah diminati penonton selama lebih 32 tahun dan kini telah bersiaran selama 35 musim, memegang rekod untuk sitkom masa perdana yang paling lama ditayangkan di Amerika Syarikat.

Dapatkan dos ketawa yang diperlukan ini dengan menonton animasi dewasa ini di Disney+ Hotstar. – Getaran, 21 Julai, 2024

Foto : Disney+ Hotstar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 7 bulan yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Angkat Kisah Adat Resam Dayak, Filem Animasi Malaysia Raih Anugerah Di Perancis

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Didi & Friends The Movie: Animasi Luar Biasa, Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara