web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Angkat Kisah Adat Resam Dayak, Filem Animasi Malaysia Raih Anugerah Di Perancis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 9:35AM

'The Pillar of Strength', filem animasi terbitan Creatvtoon Studio arahan anak jati Malaysia, Aie Ibrahim itu mengangkat kisah budaya serta adat resam kaum Dayak di Sarawak - Gambar MDEC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil merakamkan tahniah atas kejayaan filem animasi Malaysia, The Pillar of Strength (TPOS) kerana merangkul anugerah ‘The Best Nature Film’ di Cannes Global Short Film Awards 2023 (GSF Awards) di Perancis.

Katanya, filem animasi terbitan Creatvtoon Studio arahan anak jati Malaysia, Aie Ibrahim itu mengangkat kisah budaya serta adat resam kaum Dayak di Sarawak.

“Saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan filem animasi tempatan, The Pillar of Strength (TPOS) yang merangkul anugerah ‘The Best Nature Film’ di Cannes Global Short Film Awards 2023 (GSF Awards), berlangsung di Perancis.

“Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat penggiat seni animasi dan kandungan digital tanah air untuk terus menghasilkan karya lebih mengagumkan serta luar biasa,” katanya menerusi Facebook.

Ucapan tahniah untuk kejayaan diraih karya Aie itu turut diberikan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

“Tahniah kepada Aie Ibrahim (@aiecreatvtoon), pengasas Creatvtoon Studio kerana memenangi ‘The Best Nature Film’ di Cannes Global Short Film Awards 2023 di Perancis yang sedang berlangsung!

“Kami (MDEC) amat berbangga kerana mempunyai seorang lagi bakat Malaysia yang mencipta kejayaan di arena antarabangsa. Pencapaian Aie Ibrahim adalah bukti potensi kreatif digital besar yang ada di negara kita,” katanya.

MDEC berkata, pada 2020, Aie menyertai Cabaran Pencipta Kandungan Digital (DC3), iaitu program anjuran MDEC dan menerima geran bernilai RM100,000.

“MDEC berdiri teguh dalam komitmen kami untuk memperkasakan industri kreatif digital dan memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia,” menurutnya. – Getaran, 27 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Selebriti Di Festival Cannes Pamer Solidariti Bersama Palestin Menerusi Fesyen

4

Politik 1 tahun yang lalu

Percaturan PH-BN Di Kedah Tidak Menjadi, Kerajaan Negeri Milik PN 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang