web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Terkejut, Kecewa Apabila Kami Disoal Dan Dikekang Membuat Tugas Sebagai Pembikin Filem - Penerbit Mentega Terbang 

'Bagi saya Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan. Justeru, kita juga mempunyai pelbagai pandangan' - Tan Meng Kheng

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 9:29AM

Tan Meng Kheng (kiri) bersama peguam dan krew filem ‘Mentega Terbang’ hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah pengarah filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ dipanggil untuk memberikan keterangan di balai polis berhubung filem Mentega Terbang, semalam, giliran penerbit serta beberapa pelakon lagi termasuk Syuma yang membawakan watak Aishah pula dipanggil untuk disoal siasat. 

Selain Syuma yang diiringi ibunya, pelakon lain iaitu Firdaus Karim, Nik Waheeda Shyamala dan Khairunazwan Rodzy bersama penerbit filem berkenaan, Tan Meng Kheng telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dengan diwakili peguam Zaid Malek.  

Meng Kheng ketika ditemui media berkata, pihaknya telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan menjawab semua soalan diajukan polis berkenaan filem terbabit.

Beliau turut menyatakan pembikin filem harus diberikan kebebasan serta hak untuk menonjolkan kreativiti masing-masing.

“Sebenarnya, sebagai seorang penerbit, saya rasa terkejut serta kecewa apabila kami disoal dan dikekang membuat tugas kami sebagai pembikin filem.

“Bagi saya Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan. Justeru itu, kita juga mempunyai pelbagai pandangan.

“Jadi, kami hanya ingin menunjukkan masyarakat di luar sana bahawa wujud segelintir manusia yang berpandangan seperti di dalam filem ini. Itu sahaja, bukannya perkara lain,” ujarnya.

Sebelum ini, filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Berikutan itu, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan suasana tidak harmoni, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam.

Sementara Zaid Malek pula memberitahu dia kecewa terhadap kerajaan yang ingin melakukan reformasi dalam semua sektor termasuk industri perfileman namun mengekang bakat seni kreatif sebegini.

“Baru-baru ini, kerajaan kita telah mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh yang memenangi Anugerah Akademi ke-95 yang paling berprestij iaitu Oscar. 

“Mereka sanjung beliau, namun di arena nasional, pihak-pihak membuat filem, warga karya kreatif pula dikekang dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Justeru itu, saya berpendapat tiada perbezaan yang akan dilakukan oleh kerajaan sekarang, bahkan reformasi yang dijanjikan itu seolah-olah tidak wujud,” tegasnya.

Tambah Zaid lagi, anak seni di semua negara termasuk Malaysia harus diberi kebebasan untuk berkarya selari dengan Perkara 10(1)(a) memperuntukkan setiap warganegara Malaysia mempunyai kebebasan bercakap dan bersuara serta kebebasan dalam mengeluarkan pendapat dan buah fikiran mereka.

 Khairi Anwar
Khairi Anwar

Jumaat lalu, polis telah merekodkan keterangan pengarah Khairi Anwar Jailani dan pelakon Arjun Thanaraju berhubung filem kontroversi, ‘Mentega Terbang’.

Mentega Terbang berada dalam talian sejak 2021 telah encetuskan mencetuskan kontroversi apabila jalan ceritanya didakwa bertentangan dengan agama Islam hingga mendapat kritikan ramai.

Filem yang diarahkan oleh Khairi Anwar dan diterbitkan oleh Tan Meng Kheng itu mula ditayangkan pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju serta Ting Teng Hui. – Getaran, 15 Mac 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara