web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Big Stage 2023 – Juri Singkirkan Isaac Voo Kerana Ingin Menjaga Maruah, Beri Imuniti X kepada Naufal Azrin

Buat pertama kalinya juri menggunakan Imuniti X di minggu kedua untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir dan menyingkirkan peserta yang lain.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 12:00PM

Naufal Azrin dan Isaac Voo - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert minggu kedua Big Stage 2023 yang berlangsung semalam menyaksikan kejutan besar berlaku di mana buat pertama kalinya para juri tetap menggunakan Imuniti X untuk menyelamatkan peserta yang tersingkir dan memilih peserta lain untuk disingkirkan.

Tiga peserta yang mendapat markah tercorot pada minggu kedua ialah Naufal Azrin, Aufahanie dan Isaac Voo. Bagaimanapun, Naufal yang membawakan lagu ‘Generasiku’ daripada OAG telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Tiga peserta dengan markah tercorot, Naufal Azrin, Aufahanie dan Isaac Voo
Tiga peserta dengan markah tercorot, Naufal Azrin, Aufahanie dan Isaac Voo

Namun, dua juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul merasakan belum tiba masanya untuk Naufal meninggalkan pentas Big Stage dan sepakat memilih untuk menyelamatkannya dan menggantikan posisi Naufal dengan Isaac Voo.

Ajai sewaktu ditemui di sidang media berkata, para juri sepakat untuk menggunakan Imuniti X adalah kerana mahu menjaga maruah Isaac agar dia tidak terus menerus mendapat kritikan yang kurang baik. 

“Kalau Isaac berterusan membuat persembahan seperti itu, dia akan mendapat kritikan yang kurang memuaskan daripada juri. Pada juri komen-komen itu semua positif, tetapi tak tahulah buat para peserta kerana kita tak tahu hati orang. 

“Sebenarnya kami berdua menjaga maruah dia. Kelayakan dia berbanding peserta lain agak jauh.

“Pada konsert minggu pertama, Naufal menyanyi sangat sedap. Kami tahu dia boleh menyanyi sebenarnya. Dia perlu menyanyikan lagu yang tepat,” katanya. 

Ajai dan Aina Abdul
Ajai dan Aina Abdul

Bagi Aina pula, dia merasakan bahawa bakat Isaac mungkin akan lebih menyerlah jika dia bersama dengan kumpulan, bukannya solo. 

Mungkin dengan sokongan ahli dalam kumpulan itu kita boleh nampak karakter sebenar Isaac. Mungkin dia boleh buat ‘comeback’ dalam Big Stage seterusnya dalam bentuk kumpulan seperti Coex,” kongsinya. 

Sementara itu bagi Isaac, dia berasa sedikit kesal kerana tidak dapat memberikan persembahan yang baik akibat bergelut dengan masalah kesihatan.

“Sejak dua hari lepas lagi saya tak berapa sihat. Hari ini saya beritahu diri saya sendiri, biarpun tidak sihat, tetapi saya tetap mahu berikan yang terbaik. 

“Tetapi saya percaya juri ada sebab tersendiri kenapa mereka memilih saya untuk disingkirkan. Saya terima keputusan ini dan akan terus berikan yang terbaik selepas ini. 

“Cuma saya ingin memohon maaf kepada peminat-peminat saya yang telah mengundi selama ini kerana saya tak dapat teruskan perjalanan di pentas Big Stage. Tetapi tak mengapa, saya akan buat yang lebih baik selepas ini. Siapa tahu esok lusa saya akan jadi lebih besar daripada hari ini. 

Isaac Voo
Isaac Voo

Kata Isaac lagi dia juga tidak menyimpan dendam terhadap Naufal kerana juri memilih untuk menyelamatkan Naufal dan menyingkirkannya.

“Kami okey sahaja. Saya tak ada simpan perasaan marah atau dendam terhadap Naufal. Selepas buat persembahan, kami saling berpelukan dan cakap tak apa.  Kami di Big Stage saling menyokong satu sama lain.

“Dia tak perlu rasa bersalah dengan situasi ini. Apa yang perlu dilakukannya adalah buat persembahan yang terbaik. Saya akan sokong kamu,” ujarnya.

Bagi Naufal pula, biarpun dia gembira apabila tidak disingkirkan, namun dia turut berduka di atas pemergian Isaac Voo.

“Saya sudah reda apabila pada mulanya diumumkan tersingkir. Tetapi apabila abang Ajai dan kak Aina beritahu nak guna Imuniti X, saya bersyukur kerana terselamat. 

“Saya ingin mohon maaf kepada peminat-peminat Isaac Voo. Saya tak ada niat untuk situasi ini berlaku. Saya rasa memang saya yang sepatutnya tersingkir. Tetapi saya pun tak tahu nak buat macam mana,” katanya. 

Naufal Azrin
Naufal Azrin

Kata Naufal lagi, dia akan cuba tebus kembali kekecewaannya minggu ini dengan memberikan persembahan yang lebih baik untuk konsert akan datang. 

Berikut adalah kedudukan setiap peserta selepas tamat persembahan di konsert minggu kedua ;

Nadeera (85.67 peratus), Waode (84 peratus), Putera Muhammad (68.6peratus), HoonDoo (67.67 peratus), Cox (61.33 peratus), Firdaus Rahmat (60 peratus), Farhan Shah (58.7 peratus), Puteri Khareeza (43.3 peratus), Meer Nash (41.3 peratus), Dem Lepak Boyz (41 peratus), Naufal Azrin ( 38 peratus), Aufahanie (37 peratus) dan Isaac  Voo (36.3 peratus). – Getaran, 15 Mei 2023
 

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 9 bulan yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Naufal Dengar Suara Panggil Nama, Minum Air Parit Untuk Hidup - Bapa

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara