web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

Duo yang berasal dari Korea Selatan ini terpaksa bergegas pulang ke negara mereka sejurus tamat konsert akhir Big Stage kerana tempoh visa mereka telah tamat.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 9:40PM

Hoondoo akan segera kembali ke Kuala Lumpur selepas segala urusan di Korea Selatan selesai - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemenang tempat keempat Big Stage musim kelima iaitu duo Hoondoo yang berasal dari Korea Selatan terpaksa bergegas pulang ke negara mereka sejurus tamat konsert akhir yang berlangsung Ahad lalu.

Ini berikutan visa mereka telah tamat pada 10 Julai, menyebabkan keduanya  terpaksa pulang ke Korea Selatan pada Isnin. 

Namun kata Hoondoo, mereka akan segera kembali ke Kuala Lumpur selepas segala urusan di Korea Selatan diselesaikan.  

“Kami akan cepat-cepat kembali ke Kuala Lumpur. Mungkin selepas dua minggu setelah urusan pembaharuan visa selesai,” kata mereka yang merancang untuk tinggal di Malaysia selepas ini. 

Sepanjang 10 minggu menyertai Big Stage, Hoondoo telah berjaya menambat hati penonton terutamanya apabila mereka menyampaikan lagu Bahasa Melayu. Disebabkan itu juga mereka merancang untuk mengeluarkan ‘single’ dalam bahasa berkenaan  tidak lama lagi. 

“Sudah semestinya kami ingin hasilkan lagu dalam Bahasa Melayu. Sudah ada beberapa tawaran. Tetapi kami mahu memantapkan penguasaan Bahasa Melayu kami terlebih dahulu sebelum merakamkan lagu,” ujar mereka. 

Mereka juga merancang untuk berkolaborasi bersama Marsha memandangkan gandingan mereka  sewaktu konsert separuh akhir mendapat pujian ramai.

Hoondoo ketika beraksi di konsert final Big Stage baru-baru ini
Hoondoo ketika beraksi di konsert final Big Stage baru-baru ini

Ditanya apa yang mereka suka tentang Malaysia, kata Hoondoo mereka sukakan makanan di sini. 

“Kami suka lepak kedai Mamak. Kami sangat sukakan makanan di sini. Nasi Goreng Kambing dan Maggi Goreng adalah antara yang paling kami gemari. Sedap gila!”, kongsi mereka. 

Semoga Hoondoo berjaya merakamkan lagu baru dalam Bahasa Melayu dan dapat diterima baik di Malaysia dan Korea. – Getaran, 11 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Datuk Syafinaz Selamat Rayu Rakyat Malaysia Sokong Bakat Yang Bagus Agar Tidak Lenyap Daripada Industri

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pakaian Dikecam Netizen Kerana Tidak Sesuai Dengan Lagu Memuji Rasulullah, Ini Penjelasan Nadeera Zaini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara