web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

Kumpulan COEX terselamat daripada penyingkiran kerana pihak produksi mengambil keputusan untuk tidak menyingkirkan sesiapa pada minggu kelima

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 12:00PM

COEX yang menyampaikan lagu GIG daripada kumpulan Elite sempena tema ‘High School Crush’ dilihat gagal meyampaikan lagu tersebut dengan baik. - Gambar Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Big Stage 2023 minggu kelima malam semalam menyaksikan kumpulan COEX nyaris-nyaris tersingkir apabila mendapat markah tercorot daripada barisan juri dan juga undian penonton. Namun mereka terselamat selepas pengacara mengumumkan tiada penyingkiran.

Selain COEX, dua lagi peserta iaitu Fidaus Rahmat dan Farhan Shah turut berada di kedudukan tiga terbawah. 

Gambar Astro/AzrulRafie
Gambar Astro/AzrulRafie

COEX yang menyampaikan lagu GIG daripada kumpulan Elite sempena tema ‘High School Crush’ dilihat gagal meyampaikan lagu tersebut dengan baik.

Juri jemputan pada malam itu iaitu maestro muzik, Datuk Ramli MS sewaktu diminta memberikan komen kepada COEX berkata, kumpulan ini perlu melakukan latihan bersama selama 100 hari. Katanya lagi, pengurus kumpulan ini juga perlu melabur duit untuk mengupah guru vokal dan guru muzik. 

Ramli berkata kumpulan ini perlu melakukan latihan bersama selama 100 hari. - Gambar Gambar Astro/AzrulRafie
Ramli berkata kumpulan ini perlu melakukan latihan bersama selama 100 hari. - Gambar Gambar Astro/AzrulRafie

Sementara itu Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Idlan Zahari menafikan pihak produksi cuba untuk menyelamatkan kumpulan COEX daripada tersingkir dengan membuat keputusan tiada penyingkiran pada minggu kelima.

“Pemilihan minggu kelima supaya tiada penyingkiran tiada kena mengena dengan nak selamatkan kumpulan COEX. Kerana jika mereka tersingkir, juri pun punya kuasa untuk guna Imunitianjang lima minggu bersiaran. 

“Kebanyakan peserta tidak menyanyi ikut kesesuaian susunan lagu. Tidak ikut nada yang sesuai. Masing-masing hanya menggunakan kekuatan nada tinggi sahaja. Contohnya Nadeera. Apabila dia menyanyi nada tinggi kedengaran sedap. Apabila nota bertukar rendah, mati perasaannya.  X. 

“Di awal perancangan lagi memang kami sudah rasakan minggu kelima paling sesuai untuk tiada penyingkiran. Tambahan pula tema minggu hadapan adalah tema yang dipilih untuk pihak penaja kita iaitu Wawa Cosmetics. Kami mahu membawa perkara yang positif ke minggu hadapan,” katanya. 

Bagi salah seorang juri tetap iaitu Ajai, persembahan pada minggu kelima adalah antara yang paling tidak memuaskan sep

“Seperti Waode pula, kita sudah tahu kekuatan dia. Tetapi kadang-kadang dia kena fikir kemampuan dia. Malam ini dia buat secara berlebihan. Dia terlampau ‘overconfident’. Dia ada ‘improvise’ di bahagian korus tetapi notanya salah dan nada tak sampai,” katanya. 

Ajai - Gambar Astro/AzrulRafie
Ajai - Gambar Astro/AzrulRafie

Kata Ajai lagi, perkara ini sepatutnya hanya berlaku pada minggu permulaan dan setiap peserta patutnya sudah faham akan perkara ini. 

“Contoh terbaik pada malam ini ialah kumpulan Dem Lepak Boyz. Mereka melakukan satu transformasi. 

“Apa yang kita mahu mereka lakukan, nampak jelas. Pada permulaan mereka menyanyikan ikut susunan muzik yang asal. Kemudian mereka dangdutkan lagu itu. Segala ‘feeling’ bertukar. Ekpresi dan juga penggerakan. Yang paling penting adalah nyanyian. Kita dapat lenggok dia. 

Dem Lepak Boyz - Gambar Astro/AzrulRafie
Dem Lepak Boyz - Gambar Astro/AzrulRafie

“Untuk kumpulan COEX pula, lagu GIG ini perlukan nyanyian yang agresif. Tetapi kita hanya rasa di bahagian rap sahaja. Sebab mereka ‘handal’ dalam bahagian ini. Tetapi bila dalam pertandingan, kita ambil kira kesemuanya. 

“Firdaus Rahmat pula tak habis-habis rasa macam buat konsert dia sendiri. Kemaskini cara nyanyian. Penonton mungkin suka, tetapi kita ada barisan juri,” jelasnya. 

COEX - Gambar Astro/AzrulRafie
COEX - Gambar Astro/AzrulRafie

Bagi kumpulan COEX pula mereka meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk beraksi di pentas Big Stage. 

“Kami berjanji akan menggunakan peluang ini untuk memberikan persembahan yang terbaik pada minggu hadapan menyanyikan lagu dangdut,” kata mereka. 

Kata COEX lagi, sebagai kumpulan yang masih baru dan tiada ‘single’ sendiri, mereka akui agak tertekan berhadapan dengan pertandingan ini. Namun mereka gunakan tekanan itu sebagai satu semangat untuk memperbaiki diri.

Ditanya tentang komen Datuk Ramli yang meminta mereka supaya melakukan latihan selama 100 hari, kata COEX mereka memang sering meluangkan masa bersama untuk berlatih vokal dan koreografi.

“Mungkin bila masuk Big Stage lain sikit, Kami kena ikut apa kehendak juri, Sebagai contoh minggu lalu kami dapat komen daripada Datuk Syafinaz iaitu kena ketengahkan vokal utama. Bila kami dapat komen seperti itu, akhirnya kami buka mata. Macam ini rupanya apa yang perlu dilakukan dalam Big Stage. 

Selama ini COEX memang ‘all rounded’. Semua akan menyanyi. Itu adalah konsep COEX. Kami juga masih belajar dengan konsep ini kerana kami baru mula cuba minggu ini. Jadi kami terima jika ada kekurangan. Minggu hadapan kami nak cuba buat dengan lebih baik,” jelas COEX. 

Berikut adalah kedudukan peserta mengikut markah yang diberikan oleh barisan juri profesional;

Hoondoo (85.33 peratus), Putera Muhammad (78 peratus), Dem Lepak Boyz (75.67 peratus), Nadeera Zaini (73 peratus), Waode (65.33 peratus), Puteri Khareeza (64.33 peratus), Aufahanie (58.33peratus), Firdaus Rahmat (47 peratus), Farhan Shah (46.67 peratus), COEX (41.67 peratus). – Getaran, 5 June 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Datuk Syafinaz Selamat Rayu Rakyat Malaysia Sokong Bakat Yang Bagus Agar Tidak Lenyap Daripada Industri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara