web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nabila Huda Tetap Promosikan Pelangi Yang Hilang, Walaupun Kena ‘Scam’

Aktres itu turut mengumumkan ia adalah kerjasama pertama dan terakhirnya dengan penerbit serta produksi terbabit

Filem & TV Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 12:09PM

gambar Instagram

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Nabila Huda tampil mempromosikan telefilem ‘Pelangi Yang Hilang’ di akaun Instagramnya, semalam. Bagaimanapun, perkongsian Nabila itu turut mendedahkan kisah belakang tabir yang tidak enak didengar.

Jelas Nabila, sehingga kini dia masih belum mendapat bayaran untuk beberapa tuntutan seperti elaun perjalanan dan pakaian daripada pihak produksi iaitu Wiranusa Corporation Sdn Bhd. 

“Haa ni lah drama yang dulu I shoot sampai kesudah producer tak bayar claim tol,minyak dan wardrobe. Dah la kena kencing kata supporting. Kite pulak fikir, kesian takde budget tak boleh nak bayar ikut rate, jadi mintak lah production sediakan baju.” 

“Pastu kesiankan lagi, tolonglah belikan baju, dapatkan wig semua untuk character ni sebab kata boleh claim. Maklumlah, kite pulak sejenis semangat. Buat kerja bersungguh-sungguh. Scene pulak bukannya sikit. Hujung-hujung takde khabar berita untuk claim.”

Alih-alih cerita dah nak klua..Begini lah kehidupan tuan-tuan dan puan-puan..Apa-apa pun, jangan lupa saksikan drama #Pelangiyanghilang hari ahad ni, 10pm di @tv3malaysia ok..Walaupun kena scam, she tetap jalankan tanggungjawap tau!” tulis Nabila.

Dalam ruangan komen, Nabila turut menjelaskan, ini adalah kerjasama pertama dan terakhirnya dengan pihak penerbit dan produksi terbabit. Ini kerana, dia mengganggap mereka tidak profesional dan tidak layak berada di dalam industri. 

Telefilem arahan Zul Huzaimy ini mengisahkan mengenai Cikgu Lutfi yang amat mementingkan disiplin serta baharu sahaja ditugaskan ke sebuah sekolah.

Cikgu Lutfi runsing dengan Hadi, yang selalu ponteng dan datang lewat ke sekolah, walaupun telah beberapa kali didenda atas kesalahannya.

Kerana kasihkan anak muridnya, Hadi, Cikgu Lutfi menjaga kebajikan Hadi dan adiknya Insyirah yang kematian ibu. Tetapi konflik timbul bila ibu saudara mereka pulang untuk mengambil wang peninggalan arwah ibu kedua-dua beradik itu, selain turut mendera mereka.

Nabila Huda, Luqman Junaidi, Danish Hazriq, dan Asheeqa Maleeyka antara nama-nama yang membintangi telefilem ini. – Getaran, 23 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 5 bulan yang lalu

10 Telefilem Meriahkan Syawal Anda

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Gaya Vogue Nabila Huda Mengenakan Baju Kebaya Di Tengah Kota New York, Dapat Pujian Netizen Dan Selebriti 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Jurey Latiff Tidak Sangka Telefilem ‘Cenduai’ Arahannya Raih Tontonan 2.1 Juta Di Awesome TV!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara