Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Pilihan Filem Menarik Di Pawagam Untuk Tontonan Syawal Ini

Selain berkunjung ke rumah terbuka, anda juga boleh cari masa untuk berkumpul dengan keluarga dan teman untuk menonton filem pilihan di pawagam

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2024 9:18AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syawal ini terdapat pelbagai filem menarik yang memasuki pawagam untuk tontonan umum. Entah mengapa, filem genre seram mendominasi senarai kali ini. Namun, masih ada beberapa pilihan lain yang memungkinkan anda mengheret sama anak-anak dan si dia untuk masa berkualiti.

Jom semak senarai berikut:

1. Kung Fu Panda 4 

Dalam "Kung Fu Panda 4," identiti Po (Jack Black) sebagai Pahlawan Naga dicabar kerana dia kini mesti mengambil langkah seterusnya dan naik ke peranan Pemimpin Rohani Lembah Keamanan. Dia ditugaskan bukan sahaja memilih penggantinya untuk menjadi Pahlawan Naga seterusnya tetapi juga menghentikan ahli sihir jahat, The Chameleon (Viola Davis), yang mengancam untuk mengambil alih dunia. 

Po kembali ke lembah damainya yang tenang di mana dia bersiap sedia untuk memilih pengganti Pahlawan Naga. Bagaimanapun, Po sebenarnya masih belum bersedia untuk melepaskan jawatan itu walaupun didesak oleh ‘Master Sifu’ yang bijaksana. 

Sementara itu, Po terserempak dengan musang pencuri bernama Zhen dan bertempur dengan Bunglon, penjahat yang boleh berubah bentuk yang boleh menghuni badan mereka yang diinginkan. 

Untuk sekuel ini, Po mempunyai misi untuk menyelamatkan hari dari pemerintahan keganasan Bunglon, sambil menghantar semua orang pergi dengan senyuman dan skadoosh, Jack Black-isme yang, apabila disebut, memberikan Po kuasa istimewa.

Untuk menghalangnya, Po mesti bekerjasama dengan Zhen (Awkwafina), tikus jalanan yang berhati emas. Sekuel ini walaupun bukanlah yang terbaik dalam sirinya, namun ia sesuai untuk tontonan keluarga dan mampu menggembirakan anak-anak. Cuma pastikan anda tidak meletakkan harapan tinggi sebelum pergi menonton.

2. Godzilla X Kong: The New Empire

Jika anda mengikuti sekuel filem ini, Godzilla x Kong: The New Empire tidak boleh dilepaskan. Filem ini adalah sekuel kelima kepada Godzilla vs. Kong (2021) dan diarahkan oleh Adam Wingard serta dibintangi oleh Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, dan Dan Stevens.

Plot cerita dimulakan dengan kehidupan Godzilla dan Kong berubah selepas peristiwa Godzilla vs Kong (2021). Kong tinggal di Hollow Earth, iaitu tempat terpencil di bumi yang tidak mudah untuk dicapai.

Kong menjadi pemimpin dan makhluk paling berkuasa di kawasan itu. Namun, ia juga berasa sunyi kerana tiada kawanan kingkong lain yang tinggal bersamanya.

Kehadiran Godzilla bukan sahaja menyebabkan kerosakan. Ternyata makhluk ini juga menyerap banyak tenaga nuklear yang boleh memusnahkan musuh dengan mudah.

Keadaan ini seolah-olah menjadi isyarat bahawa akan berlaku pertempuran antara Godzilla dan musuh misteri. 

Pada masa yang sama, Kong menemui sekumpulan spesiesnya di bahagian paling dalam Hollow Earth. Ketika ia mempunyai harapan untuk bersatu semula dengan kawanan kingkong lain, Kong terpaksa berhadapan dengan ketua kumpulan itu, Skar King. 

Oh ya! Godzilla X Kong: The New Empire hanya untuk tontonan mereka yang berumur 13 tahun ke atas. 

3. Sheriff: Narko Integriti

Sheriff: Narko Integriti adalah buah tangan terbaharu daripada Skop Productions dan Astro Shaw. Diarahkan oleh Syafiq Yusof, filem aksi jenayah ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat iaitu Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Aaron Aziz, Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.

Filem ini mengisahkan tentang Sheriff, anggota polis dari Jabatan Integriti yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes 'Meth Killer’. Dia berpasangan dengan Nazri, seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik. 

Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit. Sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.

Dalam satu temubual eksklusif bersama pihak media, Syafiq memberitahu Sheriff berdasarkan kisah sebenar polis di Barat serta Hong Kong dan kembali ke tanah air. 

Pada awalnya, Sheriff diberi klasifikasi 13, namun akhirnya mendapat klasifikasi 16 oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).

4. Badarawuhi Di Desa Penari

Mula menemui penonton pada 11 April lalu, Badarawuhi di Desa Penari merupakan sekuel daripada filem KKN Desa Penari yang ditayangkan dua tahun lalu dan pecah panggung.

Kisah bermula dengan kehadiran empat remaja iaitu Mila (Maudy Effrosina), Yuda (Jourdy Pranata), Jito (M. Iqbal Sulaiman), dan Roy (Ardit Erwandha), mengunjungi sebuah kampung bernama Kampung Penari. 

Kampung ini terkenal kerana masih mengekalkan tradisi seni budaya Jawa khususnya dalam seni tari tradisional.

Keempat-empat remaja itu datang ke Kampung Penari dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat tentang seorang penari cantik.

Sebaik sahaja mereka tiba di kampung, langkah pertama yang mereka ambil ialah mencari Mbah Putri (Pipien Putri), orang tua kampung untuk ditemubual.

Bagaimanapun, orang tua yang mereka cari iaitu Mbah Putri baru sahaja meninggal dunia, lalu mereka dicadangkan supaya berjumpa dengan Mbah Buyut (Diding Boneng).

Empat remaja itu bersetuju untuk tinggal sementara di Desa Penari bagi mencapai matlamat mereka. Namun, ternyata kedatangan mereka juga telah dinantikan oleh Badarawuhi (Aulia Sarah), kuasa jahat yang menjelma sebagai wanita penari di Desa Penari.

Badarawuhi menyasarkan Mila menjadi dhawuh atau penari desa, tanpa pengetahuan Mila. Pelbagai peristiwa mistik membawa Mila kepada takdirnya, termasuk ujian yang diberikan oleh ketua kampung untuk menentukan keupayaan Mila menjadi calon dhawuh.

Mila dan enam wanita lain dibawa ke sebuah tempat untuk menjalani ritual. Bagaimanapun, Mila mengalami beberapa siri peristiwa misteri dan menakutkan di luar jangkaannya.

Dia bahkan tiba di dunia lain dan bertemu roh tarian dan penduduk kampung. Badarawuhi juga meminta Mila tinggal di sana, walaupun Mila berjaya melarikan diri dengan bantuan Ratih (Claresta Taufan), salah seorang wanita di kampung itu.

5. 18x2 Beyond Youthful Days

Filem romantik yang dibintangi oleh Greg Han Hsu dan Kaya Kiyohara sebagai hero dan heroin ini sesuai untuk movie date. Mula ditayangkan pada 10 April lalu, 18X2 Beyond Youthful Days adalah berdasarkan travelog internet yang tular pada 2014.

Filem itu mengisahkan  tentang Jimmy, seorang lelaki Taiwan yang hampir jatuh cinta dengan pengembara Jepun, Ami ketika mereka bekerja di bar karaoke di kampung halamannya, Tainan pada satu musim panas.

Lapan belas tahun selepas masing-masing membawa haluan sendiri,, Jimmy mengembara merentasi Jepun dengan tiket kereta api untuk berjumpa Ami lagi. - Getaran, 15 April 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 hari yang lalu

Jangan Keliru, Siksa Kubur Dan Siksa Neraka Adalah 2 Filem Berbeza

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Tiada Lelaki Itu 2, Erma Akui Tiada Untung Kerana Bayaran Pelakon Mahal 

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Oppenheimer Menang Besar Lagi, Bolot 7 Anugerah Oscar

4

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Gandingan Hebat Johan As’ari Dan Faizal Hussien Dalam Menanti Senja

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Selebriti 7 jam yang lalu

Ning Baizura Tampil Beri Penjelasan, Nafi Tidak Tahu Tentang Rafah

oleh Rahayu MN

Muzik 22 jam yang lalu

Tiket Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Habis Terjual

Hanya dalam masa sehari, peminat telah bolot semua tiket demi mengubat kerinduan menyaksikan ratu rock ini beraksi.

oleh Rahayu MN