web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu Ini?

Jom kita singkap apa yang menarik di buletin gaya minggu ini!

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 11:03AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu ini dimulakan dengan kempen Window of the Future oleh rumah fesyen, Coach yang menampilkan Rexy, si maskot dinosaur comel di Butik Coach, Pavilion Elite. 

Skechers pula melantik Park Seo Jun sebagai wajah kempen manakala Ralph Lauren melancarkan kempen kanser Pink Pony 2021 sempena #PinkOctober.

Window Shopping’ menerusi jendela Butik Coach di Pavilion Elite

Coach mempersembahkan Window of the Future, satu inisiatif baru Coach dalam mengembalikan semula pengalaman membeli-belah di Pavilion Elite Kuala Lumpur. 

Inspirasi dari jiwa bebas, Coach berpegang teguh dengan warisannya, mempamerkan koleksi terbaharu Coach melalui jendela butiknya.

Pameran di jendela ini memberi penghormatan kepada Rexy, maskot dinosaur Coach yang comel dalam saiz sebenar. 

Menampilkan inovasi dan teknologi 3D, Rexy turut membuat penampilan nakal di layar LED gergasi Pavilion Elite.

Rexy tampil berjalan di sekitar layar sambil memegang tas tangan Rougue, mencerminkan sikapnya yang berjiwa bebas dan suka bermimpi. 

Window of the Future juga dipamerkan di butik-butik Coach seluruh dunia seperti di New York, Mitsukoshi, Michigan Avenue, Senayan dan Yorkdale. 

Park Seo Jun dilantik sebagai Duta Jenama Skechers

Skechers dengan bangga mengumumkan Park Seo Jun sebagai Duta Jenama Skechers untuk rantau Asia Pasifik termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Hong Kong, Macau dan Vietnam.

Pelakon Korea Selatan yang terkenal dengan drama 'What’s Wrong With Secretary Kim' dan 'Itaewon Class' ini bakal menerajui kempen Skechers 2021/22.

“Saya berasa bangga dan gembira dilantik menjadi Duta Jenama Skechers. Sepatu sangat penting buat pelakon seperti saya, yang selalu harus ke mana-mana. 

“Tak sabar rasanya untuk berkongsi gaya-gaya Skechers pilihan saya dengan semua peminat. Saya harap anda semua menyukainya!” ucap Park Seo Jun.

Sempena penampilan pertamanya untuk kempen ini, Park Seo Jun bergaya dengan koleksi Skechers D’Lites 40. 

Dikenali sebagai Stamina Airy, koleksi ini antara kasut uniseks keluaran Skechers yang terlaris sejak keluaran pertamanya pada 2007.

Skechers D’Lites 40 turut dilengkapi Air-Cooled Memory Foam sebagai tapak dalaman yang menjamin jejak yang selesa. 

Kempen ini dilancarkan di semua platform sosial media Skechers di seluruh negara yang terlibat.

Ralph Lauren Pink Pony 2021 perangi kanser

Selama 21 tahun, Ralph Lauren menganjurkan Ralph Lauren’s Pink Pony Initiative bagi memangkinkan kesedaran memerangi penyakit kanser dalam kalangan masyarakat.

Ditubuhkan pada 2000, misi Pink Pony adalah untuk membantu mendapatkan rawatan barah berkualiti untuk semua yang berisiko tinggi tanpa mengira kasta sosial pesakit.

Ralph Lauren komited dalam meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana dengan menghasilkan item fesyen khusus, di mana hasil jualannya bakal disalurkan ke Pink Pony Fund

Dana ini menampilkan gandingan sekumpulan bekas pesakit kanser dari seluruh dunia. Masing-masing berkongsi kisah peribadi mereka. Bercerita tentang kisah penyembuhan dan harapan.

Kumpulan unik ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan jantina seperti Ericka Hart, Krystal Jung dan Deborah James. Mereka akan tampil dalam kempen Pink Pony 2021 musim ini. 

Koleksi Pink Pony 2021 merangkumi pelbagai Polo Icons, di samping rangkaian kaca mata dan haruman. Sebahagian hasil jualan dari koleksi ini akan disumbangkan kepada Majlis Kanser Kebangsaan Malaysia. - Getaran, 12 Oktober 2021

Semua gambar: Jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Marks & Spencer Lancar Stor Konsep Baharu Di Suria KLCC, Pertama Di Asia

2

Gaya 1 minggu yang lalu

5 Perkara Yang Dinantikan Di IKEA 2025 Ini

3

Gaya 2 minggu yang lalu

Stor Perdana Puma Malaysia Di Sunway Pyramid Terbesar Di ASEAN

4

Gaya 3 minggu yang lalu

Haruman Memikat Dari London, Ormonde Jayne Perkenal Siri Montabaco 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN