web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Sorotan Getaran 2021 : 10 Momen Fesyen Yang Menggegar 2021!

Memandang kembali momen-momen fesyen yang terjadi sepanjang tahun ini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 7:14PM

Gambar: Sairien Nafis

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

2021 sudahpun mahu melabuhkan tirainya. Walaupun seluruh dunia masih ‘berkabung’ dek pandemik COVID-19, persada fesyen dunia tampaknya masih mampu bersinar.

Industri fesyen tempatan pun tak kalah meriah dengan penampilan semula. Bangkit kembali, pereka-pereka fesyen mula menggerakkan mesin jahit mereka, melakar busana-busana indah. 

Menyimbah warna dalam kelam suasana. Fesyen pada pasca pandemik ini masih belum bersedia untuk pergi buat selama-lamanya. 

Nah, ikuti sorotan sepuluh momen fesyen yang menggegarkan 2021, seperti di bawah:

Gambar: TV3
Gambar: TV3

#1 Pentas akhir #AJL35

Industri hiburan Malaysia semakin meriah dengan penampilan-penampilan gah dan 'extra' para artis di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang berlangsung awal tahun lalu.

Melihat kepada perkembangan baik ini, rasanya tak sabar untuk melihat penampilan fesyen artis-artis yang layak ke pentas akhir #AJL36 tahun hadapan! 

Lihat juga 10 gaya paling mempesona di #AJL35.

#2 Sukan Olimpik 2020

Busana tradisional yang disarungkan oleh para atlet Malaysia di majlis pembukaan temasya Sukan Olimpik 2020 juga mencuri perhatian dunia.

Busana ini hasil rekaan pelajar dari Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan mengangkat tema Laksamana Hang Tuah dan warna-warna Jalur Gemilang.

Gambar: Imagine One World
Gambar: Imagine One World

#3 Kimono Malaysia

Imagine One World mengorak langkah bagi menyambut kehadiran atlet dari 206 negara (termasuk pasukan pelarian) dengan Kimono Project. Tujuan utama projek ini dijalankan adalah bagi menyemai kesefahaman dan mencapai keamanan sejagat menerusi sehelai kimono.

Kimono untuk Malaysia dihasilkan oleh Takehana-Sensho. Bagi menghasilkan kimono ini, Takehana berganding bahu dengan 40 pelajar dari Fukuoka Prefectural Kurume High School dalam mencanting bunga raya dan bunga pakma yang kembang bertaburan di kimono ini. 

Selain bunga, kelihatan juga elemen-elemen penting yang menggambarkan negara kita seperti rama-rama Rajah Brooke, motif songket, wau bulan, burung kenyalang dan bulu tangkis bagi melambangkan pingat perak Olimpik pertama negara yang dirangkul melalui sukan badminton.

Gambar: Instagram @harrystyles
Gambar: Instagram @harrystyles

 #4 Pelepah bulu Harry Style

Sejak bergerak solo tanpa One Direction, Harry Style cukup berani bereksperimentasi. 

Jika sebelum ini dia sohor kini kerana mengenakan pakaian wanita untuk sesi pempotretan bersama majalah fesyen terkenal, Vogue pada 2020, tahun ini Harry Style memakai aksesori retro.

Selepas dipakai Harry sewaktu sewaktu persembahannya di Anugerah Grammy lalu, permintaan pelepah bulu (feather boa) meningkat naik di seluruh dunia! 

#5 Kim Kardashian di Met Gala 2021

Sekali lagi, Kim Kardashian ‘memecah’ Internet dengan penampilan anehnya di Met Gala 2021 dalam persalinan busana hitam berlitup penuh dari Balenciaga rekaan Demna Gvasalia. 

Tiada lagi perhiasan intan permata merata-rata, tiada lagi busana-busana sarat yang melewah-lewah. Ringkas dan padat. Sampai mesej. Menongkah arus perdana.

Ratu rancangan realiti ini berjaya mengubah landskap fesyen #MetGala2021 ke era baharu. Malam itu, Kim menjadi bintang paling bersinar meski tampil tanpa ‘muka’.

Baca laporan penuh.

Gambar: Behati
Gambar: Behati

#6 Busana Ros Hitam Aina Abdul 

Berbicara soal busana berlitup serba hitam, penyanyi tempatan, Aina Abdul juga tidak ketinggalan menggayakan busana ros hitam #BehatiKutior dari Behati rekaan Kel Wen

Menurut Kel Wen, Aina sendiri memintanya mencipta sepersalinan busana yang gelap, misteri dan statik bagi meraikan gaya, fesyen dan muzik seorang Aina Abdul.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 (#abpbh43) malam itu hiruk-pikuk semasa Aina melewati karpet merah, sehinggakan gaya ikoniknya ini menjadi tular di semua media sosial. 

Gambar: Sadiq Asyraf
Gambar: Sadiq Asyraf

#7 Kuala Lumpur Fashion Week 2021 

Berlangsung secara fizikal dan digital, Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (#klfw2021) kembali bersinar! Industri fesyen tempatan masih lagi bernafas. 

Semenjak 2013, KLFW telah menjadi wahana utama buat para pereka dan komuniti fesyen tempatan untuk mengekspresi diri sambil meraikan koleksi-koleksi fesyen rekaan anak watan. 

Walaupun negara masih dalam pasca pandemik, KLFW nekad bangkit semula memperagakan semua jenis gaya dan stail di atas pentas peragaan ikonik di Pavilion KL. 

Baca juga 3 pereka fesyen paling panas di #klfw2021.

Gambar: Sairien Nafis
Gambar: Sairien Nafis

#8 RR Red 

Bercakap soal #KLFW2021, tidak lengkap rasanya tanpa jenama fesyen yang satu ini.

Rizman Ruzaini melancarkan koleksi RR Red yang diperbuat sepenuhnya dalam rona merah menggoda. Koleksi sedia-pakai luxe ini disasarkan untuk pasaran antarabangsa.

Istimewanya, koleksi RR Red ini digayakan oleh lima peragawati senior tanah air seperti Tengku Azura, Deborah Henry, Nasha Aziz, Amber Chia dan Hartini Yasin.

Gambar: Instagram @virgilabloh
Gambar: Instagram @virgilabloh

#9 Virgil Abloh meninggal dunia

Pereka fesyen merangkap pengarah seni Louis Vuitton, Virgil Abloh (41) meninggal dunia setelah lama bertarung dengan kanser.

Mendiang selama ini menghidapi penyakit membunuh tersebut selama beberapa tahun dalam diam tanpa memberitahu sesiapa.

Pemergian Abloh secara mengejut ini menggemparkan dunia fesyen seluruh dunia. 

Gambar: Disney Malaysia
Gambar: Disney Malaysia

#10 Tengku Zatashah x Disney

Disney Malaysia bergandingan bersama Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Penaung Diraja Yayasan Make-A-Wish Malaysia.

Projek ‘Make-A-Wish’ ini berkolaborasi bersama lapan pereka fesyen tempatan, terdiri daripada Alia Bastamam, Celest Thoi, Fiziwoo, Izrin Ismail, Khoon Hooi, Leslie Variyan, Melinda Looi dan Nurul Zulkifli.

Bersama, pereka-pereka fesyen ini mencipta semula busana-busana puteri-puteri Disney bagi mengutip dana untuk kanak-kanak dengan kesihatan kronik.

Hasil bidaan akan disumbangkan sepenuhnya kepada yayasan ini bagi membantu mereka. 

Lihat juga lapan busana puteri Disney mempesona rekaan lapan pereka fesyen tempatan. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 6 bulan yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

2

Gaya 7 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Rizman Ruzaini Pilihan Naomi Campbell Pada Minggu Fesyen Dubai 2023

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kim Kardashian Terakam Kelibat Wanita Misteri Di Dalam Biliknya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia