web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar 23 Tahun Menang Kondo Setengah Juta!

Ketahui bagaimana Hafizah Abidin berjaya memenangi hadiah paling bermakna buatnya ini.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 11:33AM

Pemenang ‘Tekan & Menang Kondo’, Hafizah Abidin (Kiri)

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?

Namun, takdir telah memperlihatkan tuah seorang siswi, Hafizah Abidin (23) dari Perlis yang berjaya memenangi sebuah unit kondominium mewah bernilai lebih setengah juta Ringgit di SkyMeridien Residences!

Sama seperti graduan yang lain, Hafizah merancang untuk masa hadapannya dengan menyertai alam pekerjaan sejurus tamat pembelajaran dan menabung untuk membeli rumah pertamanya. Namun, perkhabaran gembira ini mengubah segala-galanya.

Dia yang menerima kunci di SkyWorld Gallery, Sentul berkata, “Memiliki sebuah rumah sememangnya salah satu impian saya. Saya merancang untuk mencapainya setelah mendapat pekerjaan dan sudah menabung wang yang mencukupi untuk bayaran pendahuluan.

“Namun, saya tidak sangka rumah pertama saya merupakan sebuah unit kondominium mewah di SkyMeridien Residences!” ucap Hafizah.

SkyMeridien Residences
SkyMeridien Residences

Hafizah turut menambah pada mulanya ibu bapanya tidak mempercayai berita itu, malah memberi amaran kepadanya ia mungkin satu penipuan. 

“Berita baik itu tersebar dengan cepat dalam kalangan ahli keluarga saya melalui WhatsApp. Adik-beradik saya di Kuala Lumpur sanggup pulang ke Perlis semata-mata untuk mengadakan sambutan kecil!” ujar Hafizah teruja.

Anak ketiga daripada empat beradik ini tidak pernah menyangka bakal memiliki rumah pertamanya di kawasan strategik di Kuala Lumpur. Dia memenangi kondominium tersebut berkat melalui permainan ‘Tekan & Menang Kondo’ semasa promosi Shopee 11.11 Jualan Hebat.

“Saya hanya mencuba nasib dengan mengumpul seberapa banyak tiket emas bagi mendapatkan peluang yang lebih cerah untuk menang, tetapi saya tidak meletakkan harapan tinggi kerana saya tahu saya bersaing dengan berjuta-juta pengguna Shopee yang lain.

“Saya sangat terkejut apabila pengacara mengumumkan nombor tiket saya sebagai Tiket Emas Pemenang semasa sesi Shopee Live pada 16 November 2021,” ujar Hafizah sambil tersenyum.

Hafizah merupakan seorang graduan Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan baru sahaja menamatkan pengajiannya pada bulan September 2021. 

Pada masa ini, Hafizah sedang meluangkan masa bersama ibu bapanya di Kampung Longboh, Perlis sementara menunggu majlis konvokesyennya pada bulan Mac tahun ini.

Selepas berpindah ke Kuala Lumpur, dia mahu mencari pekerjaan berhampiran dengan rumah barunya itu yang hanya terletak 300 meter dari LRT Sentul Timur. - Getaran, 11 Januari 2022

Gambar: SkyWorld dan Shopee Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN