web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Jenama Fesyen Menceburi Bidang NFT!

Membawa nama Malaysia, 8SIAN melewati pentas Decentraland’s Metaverse Fashion Week.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2022 2:55PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

8SIAN, antara penggerak Non-Fungible Token (NFT) tempatan telah diundang untuk menyertai Decentraland’s Metaverse Fashion Week (DMFW) pada 24 hingga 27 Mac lalu. 

DMFW menjadi tuan rumah untuk pertunjukan fesyen secara maya yang disertai rumah-rumah fesyen antarabangsa seperti Dolce & Gabbana, Hugo, Elie Saab, Franck Muller dan banyak lagi.

Mewakili Malaysia, 8SIAN komited dalam membawa warisan dan budaya Asia ke pentas fesyen dunia, lebih-lebih lagi  di pentas peragaan maya antarabangsa ini.

Berlangsung secara realiti maya (virtual reality), DMFW ini dicipta oleh Boson Protocol.

Stoned & Co.
Stoned & Co.

Pengalaman fesyen mewah, visual yang menawan serta mengasyikkan disaksikan oleh ribuan pengunjung dan penggemar fesyen di seluruh dunia secara maya.

Pengunjung juga dapat menghadiri konsert maya secara langsung, sesi jual-beli pakaian dan busana-busana digital terus semasa melihat avatar saat melewati pentas.

Mereka juga dapat mendengar ucapan dan motivasi daripada panel jemputan yang berpengaruh dalam dunia fesyen seperti Alexandre de Betak. 

Khoon Hooi
Khoon Hooi

Istimewanya, 8SIAN merupakan satu-satunya wakil dari Asia yang diundang ke pertunjukan fesyen maya yang berprestij ini.

Bagi menghargai pengiktirafan tersebut, 8SIAN turut berkolaborasi bersama empat jenama fesyen tempatan. 

Antaranya, Khoon Hooi, Rafflesia, Royal Selangor dan Stoned & Co. bagi mewakili Malaysia, sekaligus Asia di DMFW.

Koleksi NFT mereka akan dipaparkan dalam pameran maya khas dan boleh dibeli secara maya, mahupun digital.

Royal Selangor
Royal Selangor

Mendapat ilham daripada kepelbagaian budaya Asia, 8SIAN mempersembahkan koleksi NFT ini bagi mewakili fesyen masyarakat Asia.

Pengasasnya, Nicole membayangkan 8SIAN bukan hanya untuk orang Asia, malah untuk semua penggemar fesyen di seluruh dunia tanpa mengira negara.

“Kami ingin mewakili, mendidik dan membina kehadiran fesyen Asia yang berkekalan dalam ruang NFT ini. Saya jangka 8SIAN bakal menjadi komuniti NFT global.

“Dalam setiap aspek, kami sentiasa memastikan kualiti dan ia bermula dengan karya seni yang menarik dan menakjubkan oleh empat pasukan yang berdedikasi untuk projek ini.” ujarnya.

Rafflesia
Rafflesia

Tambahnya, “Koleksi ini terdiri daripada 8,888 NFT, diperagakan oleh avatar-avatar wanita Asia. Setiap perincian dipenuhi dengan corak yang rumit, budaya dan sejarah Asia yang unik.

“Kami bersungguh-sungguh untuk menyatupadukan sepenuhnya koleksi NFT ini dan memperkenalkan budaya Asia ke pentas Metaverse.

“Kami percaya NFT adalah masa hadapan yang tidak dapat dielakkan. Menyertai DMFW hanyalah satu permulaan,” akhiri Nicole. 

Layari 8SIAN.com untuk maklumat lanjut. - Getaran, 22 Mac 2022

Gambar: 8SIAN

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Hublot Dan Takashi Murakami Lancar Koleksi Jam Tangan Dan NFT Unik

2

TARA 1 tahun yang lalu

Raikan Cinta Dengan ‘Love Blooms’, Cenderahati NFT Pertama Di Dunia   

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Habitat Bunga Pakma Di Hutan Simpan Tembat Akan Diwarta

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Pos Malaysia Lancar Setem NFT Pertama Untuk Pengumpul

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 18 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN