web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Campur-Campur! Buat Lulur Badan Guna Ramuan Sendiri Di Butik Tanamera

Tanamera mengajak pelanggan memilih sendiri herba-herba pilihan untuk membuat produk kecantikan organik mereka dengan inisiatif ‘Campur2’.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2022 9:29AM

Pengasas dan Pengarah Urusan Tanamera Mohamad Faisal Ahmad Fadzil (kanan) dan Pengasas bersama Faridah Ahmad Fadzil di Tanamera Campur2 Workshop di Hetam Cafe Bangsar. - Gambar oleh Azim Rahman

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan semangat keharmonian dan kebersamaan menjelang Hari Merdeka, Tanamera telah melancarkan kempen pengalaman kecantikan unik bergelar ‘Campur2’ di semua butiknya.

Kempen ini mengalu-alukan pelanggan untuk menghasilkan sendiri produk-produk kecantikan seperti lulur badan, minyak urut dan minyak pati dengan hanya menggunakan herba dan bahan-bahan semula jadi oleh Tanamera.

Seorang tenaga pengajar Tanamera Campur2 Workshop menunjukkan lulur badan yang dibuatnya. - Gambar oleh Azim Rahman
Seorang tenaga pengajar Tanamera Campur2 Workshop menunjukkan lulur badan yang dibuatnya. - Gambar oleh Azim Rahman

Campur2 oleh Tanamera ini dijalankan bagi mendidik pengguna tentang kebaikan setiap bahan yang dicampurkan tersebut.

Melalui pengalaman ini, mereka dapat menggabungkan bahan-bahan yang sesuai dengan jenis kulit mereka. Mereka juga dapat menyentuh tekstur serta menghidu bau bahan yang digemari.

Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilakan produk kecantikan. - Gambar oleh Azim Rahman
Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menghasilakan produk kecantikan. - Gambar oleh Azim Rahman

Pengasas Bersama Tanamera, Faridah Ahmad Fadzil berkata, pengalaman Campur2 ini membolehkan mereka membantu mengubah kehidupan ramai orang melalui produk yang ditawarkan.

“Walaupun terdapat banyak produk baharu di pasaran, sukar untuk mereka mendapatkan produk kecantikan semula jadi yang serasi dengan penjagaan dan keperluan kulit mereka.

“Melalui kempen ini, mereka boleh ‘campur-campur’ ramuan yang sesuai dengan rutin penjagaan kulit mereka,” jelas Faridah.

Pada dasarnya, Campur2 direka untuk menawarkan pelanggan setia Tanamera suatu pengalaman deria untuk memahami, merasai dan menjaga kulit mereka.

Bagi membantu mereka mencari ramuan terbaik untuk setiap jenis kulit, mereka akan dibimbing oleh pakar kecantikan tentang faedah dan saranan campuran yang sesuai untuk setiap individu.

Peserta Workshop Tanamera Campur2 tekun menghasilkan sendiri produk-produk kecantikan. - Gambar oleh Azim Rahman
Peserta Workshop Tanamera Campur2 tekun menghasilkan sendiri produk-produk kecantikan. - Gambar oleh Azim Rahman

Terdapat pelbagai jenis bahan-bahan semula jadi yang berkualiti tinggi seperti teh hijau, kopi hijau, serbuk bunga raya, halia, arang buluh dan banyak lagi

Terdapat juga aneka minyak bunga seperti eucalyptus, lavender, melur, mawar dan ylang-ylang yang turut boleh dicampurkan bersama untuk membuat produk-produk kecantikan tersebut.

Menariknya, anda boleh mendapatkan 115g lulur badan, 100ml minyak urut dan 10ml minyak pati dalam hanya RM39 sahaja sempena promosi istimewa kempen ini. - Getaran, 9 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 minggu yang lalu

Selamat Hari Merdeka, Malaysia! 

2

TARA 10 bulan yang lalu

Rayakan Deepavali Dengan Pelbagai Promosi Makanan, Minuman

3

TARA 1 tahun yang lalu

Golden Screen Cinemas Tiup Semangat Patriotisme

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

oleh Rahayu MN

Jelajah 22 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Chinatownsesuai untuk bermalas-malasan atau ronda ke sana-sini dengan mudah

oleh Rahayu MN