web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sonno Memperkenalkan Butik Flagship Pertama di Publika

Butik khusus pertama Sonno yang juga dikenali sebagai ‘Sonno Sleep House’ memberikan peluang kepada pelanggan-pelanggan untuk merasai dan mengalami sendiri koleksi kelengkapan tidur lengkap yang ditawarkan syarikat ini. 

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 4:00PM

Koleksi tidur terkini dari Sonno - Gambar ihsan Sonno

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi merealisasikan impian syarikat yang mahu membantu pelanggan-pelanggannya menikmati tidur yang lena dan gaya hidup yang lebih sihat, Sonno, ‘syarikat tidur' yang paling banyak mendapat ulasan secara dalam talian di Malaysia, membuka butik flagship-nya yang pertama di Publika kepada orang ramai. 

Majlis perasmian butik Sonno pertama di Publika. - Gambar ihsan Sonno
Majlis perasmian butik Sonno pertama di Publika. - Gambar ihsan Sonno

Sonno terkenal dengan tilam premium yang dihantar di dalam kotak kepada pembeli pada harga berpatutan, tawaran percubaan selama 100 malam, dan caj penghantaran percuma. Butik baharu Sonno ini menciptakan satu perjalanan yang menakjubkan kepada setiap pelanggan Sonno menerusi pengalaman membeli-belah secara omni saluran dengan lancar. 

Butik khusus pertama Sonno yang juga dikenali sebagai ‘Sonno Sleep House’ memberikan peluang kepada pelanggan-pelanggan untuk merasai dan mengalami sendiri koleksi kelengkapan tidur lengkap yang ditawarkan syarikat ini. 

Sonno Signature Bed Frame antara yang terkini di pasaran. - Gambar ihsan Sonno
Sonno Signature Bed Frame antara yang terkini di pasaran. - Gambar ihsan Sonno

Ruang yang direka dengan penuh teliti meliputi tiga buah bilik tidur yang luas dalam bentuk sebuah rumah bagi memberikan keselesaan yang diperlukan untuk pelanggan menguji tilam-tilamnya.

Selain itu, pakar-pakar tidur yang bertugas sebagai wakil jualan Sonno akan menyambut pelanggan dengan menggayakan pijama bagi membantu proses pembelian dan memberikan pengalaman membeli yang menyeronokkan. 

Fabio Miceli - Gambar ihsan Sonno
Fabio Miceli - Gambar ihsan Sonno

“Kami amat berbangga dengan pencapaian yang signifikan ini menerusi pembukaan butik flagship Sonno yang pertama di Publika. Butik ini menjadi satu langkah penting kepada usaha kami dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lancar menerusi pelbagai saluran yang berbeza. 

Pengalaman ini boleh dinikmati pelanggan-pelanggan kami tanpa mengira sama ada mereka membeli secara dalam talian di laman web, menerusi perbualan dalam talian, mahupun menerusi kedai fizikal kami,” ujar Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.

Sonno Signature Bed Frame - Gambar ihsan Sonno
Sonno Signature Bed Frame - Gambar ihsan Sonno

Serentak dengan pelancaran kedai flagship terbaharu itu, Sonno turut memperkenalkan koleksi tidurnya yang terkini, Sonno Signature Bed Frame, yang menandakan penyertaan Sonno dalam segmen perabot dan kelengkapan bilik tidur.

Diinspirasikan daripada reka bentuk Japandi yang menjadi trend pilihan terkini, reka bentuk rangka katil Sonno diperbuat 100 peratus daripada kayu getah asli Malaysia dan tidak mempunyai komponen logam. 

Katil ini direka bentuk secara khusus bagi membolehkan pelanggan memasangnya tanpa menggunakan sebarang peralatan. Di samping itu, rangka katilnya juga dilengkapi dengan slot peranti khusus yang akan menarik minat generasi digital hari ini. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Mampu Berlegar Di Ruang Udara Selama 45 Minit, DJI Mavic 3 Pro Sebuah Dron ‘Flagship’ Luar Biasa!

2

TARA 1 tahun yang lalu

Kabinet Dapur Modular Yang Bergaya, Selamat Dan Mudah Dipasang

3

Muzik 2 tahun yang lalu

'We Can’t Be Saved' - Kolaborasi Unik Trophy Knives Dengan Penyanyi Anti-Flag, Chris#2 Dari Amerika  

4

Gaya 2 tahun yang lalu

8 Tip Menghias Ini Mampu Ubah Bilik Kecil Agar Nampak Luas Bergaya

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia