web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Unsur Seram Sinematik Penuh Ikonik, Cetusan Fesyen Terkini Levi’s Musim Luruh 2022

Bagi meraikan koleksi fesyen Musim Luruh 2022, Levi’s telah mengeluarkan koleksi fesyen yang dicetuskan daripada filem 'Frankenstein' (1931), 'The Bride of Frankenstein' (1935) dan 'The Mummy' (1932).

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 8:00PM

Gambar ihsan Levi’s

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda menonton filem seram  terbitan Universal Pictures iaitu Frankenstein (1931), The Bride of Frankenstein (1935) dan The Mummy (1932). Ketiga-tiga filem ini merupakan legasi filem genre seram yang menjadi inspirasi buat peminat-peminat filem seram. 

Bagi meraikan koleksi fesyen Musim Luruh 2022, Levi’s telah mengeluarkan barisan denim, kemeja-T, sweater dan pelbagai jenis baju dan aksesori menggabungkan imej klasik Levi’s dengan grafik serta teks daripada poster asal daripada ketiga-tiga filem seram yang ikonik ini. 

Antara koleksi menarik adalah Levi’s Trucker hitam dengan grafik raksasa Frankenstein di bahagian belakang, Chore Coat putih dengan imej daripada ketiga-tiga filem, Crew Sweatshirt hitam dengan grafik daripada poster asal The Bride of Frankenstein serta baju hud yang menampilkan semua watak Monster Universal dalam cetakan penuh. 

Selain itu, terdapat juga seluar putih Stay Loose Carpenter dengan grafik Monster, seluar Jogger dicetak sepenuhnya, seluar jean hitam 50 dengan grafik The Bride of Frankenstein serta tidak terkecuali Beanie, Bucket Hat, beg Tote, dan beg Sling Levi’s yang turut menampilkan grafik daripada filem tersebut.

Setiap koleksi pakaian ini menggabungkan skema rona hitam dan putih, bersama beberapa campuran rona kuning serta hijau neon. Sorotan rekaan koleksi ini termasuklah garisan bersih, grafik tajam serta butiran menarik seperti cetakan bersinar dalam gelap (glow-in-the dark) yang hidup pada waktu malam! 

Sebagai tanda penghargaan kepada trio layar perak ini, terdapat elemen jenama bersama seperti tampalan belakang edisi khas berwarna hitam dan putih, tab Levi’s berwarna hitam dan putih, serta label anyaman leher yang juga berwarna hitam dan putih—semuanya bersinar dalam gelap. 

Ketiga-tiga karya sinematik ini masih lagi merupakan pengembaraan yang menyeramkan bagi malam tayangan filem Halloween walaupun selepas hampir satu abad filem ini ditayangkan. Ia juga suatu usaha serta dedikasi yang diberikan terhadap era kegemilangan Hollywood dengan pendekatan grafik moden yang sempurna.

Koleksi Universal Monsters x Levi’s ini telah dilancarkan di Malaysia semalam (3 Oktober) dan hanya boleh didapati di beberapa cawangan Levi’s terpilih. – Getaran, 4 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 11 bulan yang lalu

Halloween Cetus Inspirasi Crocs Edisi Hershey’s Dan Reese’s 

2

TARA 1 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Arwah Kembali Sewaktu Tahlil, Mufti Kata Roh Tidak Akan Balik Ke Dunia

4

TARA 1 tahun yang lalu

Percutian Ke Pantai, Kaca Mata Hitam Item Fesyen Mesti Bawa

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN