web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Munawwareen Tampil Koleksi Menawan Bertemakan 'Sempurnakan Hijrah Cinta', Pelihara Aurat Muslimah

Nama Munawwareen diilhamkan Almarhum Tuan Guru Datuk Dr. Haji Haron Din yang bermaksud 'engkau datang membawa cahaya' dan kini jenama fesyen ini melangkah lebih yakin menginjak ke tahun ketiga.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2022 6:13PM

Fesyen Muslimah melalui revolusi yang bukan kepalang, bukan sahaja di peringkat tempatan, bahkan ia turut menjadi perhatian pereka-pereka ternama di luar negara - Gambar oleh Noreeza Hashim

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kira-kira 10 tahun kebelakangan dahulu, agak payah untuk mendapatkan koleksi pakaian Muslimah yang ‘up-to-date’ kerana tidak ramai pereka yang sanggup mengambil risiko atau kurang arif untuk tampil dengan konsep sebegini. 

Namun, kini situasinya tidak sama. Fesyen Muslimah melalui revolusi yang bukan kepalang, bukan sahaja di peringkat tempatan, bahkan  ia turut menjadi perhatian pereka-pereka ternama di luar negara.

Munawwareen baru-baru ini memperkenalkan 21 rekaan terbaharu dengan 36 pakaian yang diperagakan dalam satu acara pertunjukkan fesyen bertemakan  'Sempurnakan Hijrah Cinta'
Munawwareen baru-baru ini memperkenalkan 21 rekaan terbaharu dengan 36 pakaian yang diperagakan dalam satu acara pertunjukkan fesyen bertemakan 'Sempurnakan Hijrah Cinta'

Salah satu jenama tempatan yang semakin mendapat perhatian ramai ialah Munawwareen yang mula menjengah pasaran pada 2020 lalu. Jenama ini mempertaruhkan jubah moden Muslimah yang sesuai untuk bersolat sebagai koleksi atau rekaan pertamanya. 

Bakal menginjak ke tahun ketiganya pada tahun hadapan, Munawwareen kini sedia untuk terbang lebih tinggi. Baru-baru ini jenama ini memperkenalkan 21 rekaan terbaharu dengan 36 pakaian yang diperagakan dalam satu acara pertunjukkan fesyen bertemakan  'Sempurnakan Hijrah Cinta', bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Munawwareen mempertaruhkan jubah moden Muslimah yang sesuai untuk bersolat sebagai koleksi atau rekaan pertamanya
Munawwareen mempertaruhkan jubah moden Muslimah yang sesuai untuk bersolat sebagai koleksi atau rekaan pertamanya

"Tujuan pertunjukan fesyen ini diadakan adalah bagi meraikan perjalanan baharu Munawwareen kepada semua. Walaupun telah dua tahun beroperasi, tetapi akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia, banyak perkara terpaksa ditangguhkan.”

“Selepas membuat penstrukturan semula, ini adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kembali perancangan yang telah dibuat,” ujar pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn. Bhd., Datin Hajah Aliza Abu Bakar.

Koleksi pakaian wanita (Hawa) terdiri daripada telekung, jubah, abaya dan kelengkapan solat
Koleksi pakaian wanita (Hawa) terdiri daripada telekung, jubah, abaya dan kelengkapan solat

Jelas beliau lagi, kesemua pakaian yang dipersembahkan melambangkan transisi baharu Munawwareen untuk tempoh enam bulan akan datang. 

Koleksi pakaian wanita (Hawa) terdiri daripada telekung, jubah, abaya dan kelengkapan solat, manakala koleksi pakaian lelaki (Rijal) menampilkan jubah dan kurta.

Koleksi pakaian lelaki (Rijal) menampilkan jubah dan kurta
Koleksi pakaian lelaki (Rijal) menampilkan jubah dan kurta

Mengutamakan pakaian patuh Syariah, asas setiap rekaan Munawwareen adalah memelihara aurat wanita dengan sempurna. Justeru, variasi pakaian jenama ini direka dengan potongan longgar dengan pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan pemakai.

"Terdapat banyak pakaian Muslimah yang dipasarkan tetapi konsep 'muslimah sejati' itu tidak sepenuhnya dipraktikkan. Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah.”

"Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempurna. Jadi Munawwareen ingin menjadi sebahagian daripada gerakan fesyen Islamik yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan segar serta mengikut arus semasa tanpa mengetepikan kewajipan memelihara aurat," jelas Aliza lagi.

Aliza Abu Bakar
Aliza Abu Bakar

Pada pertunjukan fesyen itu, Munawwareen turut melancarkan lagu rasmi jenamanya berjudul ‘Munawwareen’ yang didendangkan pemenang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23), Ernie Zakri.

Ernie muncul dalam persalinan eksklusif rekaan Munawwareen dan menyampaikan lagu ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun secara langsung buat kali pertama.

Penyanyi popular Syamel dan Tomok turut menghiburkan tetamu dan kemuncak acara apabila aktres dan supermodel, Nasha Aziz melangkah anggun ke pentas dengan memperagakan gaun jubah berona hijau zamrud sebagai pelengkap pertunjukan fesyen itu. 

Penyanyi popular Tomok turut menghiburkan tetamu pada acara pertunjukan fesyen itu
Penyanyi popular Tomok turut menghiburkan tetamu pada acara pertunjukan fesyen itu

Penampilan Nasha ternyata memukau pandangan mata, lebih-lebih lagi ini julung-julung kalinya dia menyarungkan pakaian muslimah dalam acara pertunjukkan fesyen. 

Nasha Aziz melangkah anggun ke pentas dengan memperagakan gaun jubah berona hijau zamrud sebagai pelengkap pertunjukan fesyen itu
Nasha Aziz melangkah anggun ke pentas dengan memperagakan gaun jubah berona hijau zamrud sebagai pelengkap pertunjukan fesyen itu

Koleksi yang dipentaskan telah mula dipasarkan dan boleh didapati di laman web rasmi di www.munawwareen.com.my. Bagaimanapun, koleksi terbaharu ini akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023. - Getaran, 5 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Ernie Zakri Muncul Dengan Produk Suplemen Untuk Kekal Bertenaga Jalani Kehidupan Harian

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Ernie Zakri Tak Sangka Lagu 'Masing Masing' Kembali Meledak Selepas Dinyanyikan Bella, Adira

3

TARA 7 bulan yang lalu

Ernie Zakri Dilantik Duta Tudung Jenama Ayuwan

4

Muzik 7 bulan yang lalu

Aura, Naskhah Terbaharu Ernie Zakri Untuk Peminat Setianya

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Malaysia Melangkah Ke Separuh Akhir Kejohanan Seni Latte Dunia

oleh Diyana Nawwar

Jelajah 1 hari yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

Kedua-dua hotel ini dibuka selepas pandemik COVID-19 dan ia mendapat ulasan terbaik di platform tempahan dalam talian.

oleh Rahayu MN

Gaya 12 jam yang lalu

MOM Janji Tambah Baik Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Negara Ke Olimpik

Selepas dikecam bertubi-tubi dan mendapat pelbagai respon daripada pelbagai pihak, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) setuju bendera Malaysia kembali kepada warna as...

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 20 jam yang lalu

Ego Biarlah Bertempat, Jangan Sampai Undang Kebencian

oleh Rahayu MN