web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Safi Hijabista Bodycare Perkenal 4 Produk Penjagaan Badan

Produk terbaru ini membolehkan hijabista kekal segar, selesa dan bergaya meskipun memakai baju berlapis dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap. 

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 5:48PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita gembira buat semua hijabista di luar sana. Baru-baru ini, jenama kosmetik dan penjagaan diri terkenal, Safi melancarkan rangkaian produk yang dirumus khas untuk mereka yang bergelar hijabista. 

Rangkaian produk yang dinamakan sebagai Safi Hijabista Bodycare ini memfokuskan hijabista kerana golongan ini sering kali berhadapan kesukaran untuk mencari produk yang membolehkan mereka kekal segar, selesa dan bergaya meskipun dengan pemakaian baju berlapis dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap. 

Dengan teknologi 7 Pro Action & Scent Care yang inovatif dan terkini, Safi Hijabista Bodycare menyajikan empat produk baharu bagi menentang bau badan dan tubuh melekit. Rangkaian produk ini terdiri daripada:

1) Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Roll On

Merupakan deodoran antibakteria yang memberi perlindungan berkesan dengan manfaat penjagaan kulit. Ia menyediakan perlindungan selama 48 jam dan dilengkapi dengan aplikator yang mudah untuk sapuan.

Tersedia dalam tiga varian iaitu Healthy White – Apricot & Pearl Powder, Dry Fresh- Aloe Vera & Cucumber atau Soft & Smooth- Shea Butter & Almond Oil

Selain itu, ia menyediakan manfaat 7 pro action: anti-bakteria, anti bau badan, anti peluh, anti stres kulit, anti iritasi, anti kesan baju and anti melekit yang membolehkan anda bebas daripada bau badan serta berasa segar untuk sepanjang hari!

2) Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Spray

Produk ini adalah jawapan kepada sebarang masalah bau badan yang anda hadapi dan ia boleh digunakan di seluruh badan. Selain daripada turut menyediakan perlindungan 48 jam, produk ini membolehkan pengeringan segera bagi memastikan tiada ketidakselesaan semasa penggunaannya. 

Varian ini boleh didapati sama seperti Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Roll On dan produk ini turut berkongsi tujuh manfaat yang pasti dihargai oleh semua hijabista! 

3) Safi Hijabista Bodycare Aqua Gel Lotion

Losyen gel ini memastikan kulit anda lembut seumpama baldu walaupun dengan pakaian berlapis. Dengan 7 Pro Action, produk ini membantu untuk meremajakan, melembutkan, menghidrat, menenangkan dan menganjalkan kulit. 

Ia juga menyegarkan dengan sensasi aqua dan pada masa yang sama mengurangkan kedutan pada kulit, membuatkan kulit anda terasa lebih lembut dan lembap sepanjang masa.

4) Safi Hijabista Bodycare Multi-Function Soothing Gel 

Terdapat dalam 2 varian berbeza; 100% Natural Aloe Vera dan 100% Natural Pomegranate. Soothing Fresh (Aloe vera) melega dan menenangkan kulit, manakala Radiant Fresh (Pomegranate) memperbaiki dan mencerahkan kulit. 

Gel ringan dengan pelbagai fungsi ini boleh digunakan dengan berkesan sebagai pelembap badan, sapuan selepas cukuran, malah untuk rawatan rambut. Jika anda bimbang dengan kulit yang kering dan mengelupas, malah tumit merekah, inilah produk yang tidak mungkin anda lepaskan.

Setiap produk dalam rangkaian ini diuji secara klinikal dan dermatologi serta bebas daripada paraben, alkohol, pewarna, minyak mineral dan ujian haiwan. Dengan kata lain, ia dihasilkan daripada bahan semulajadi yang ‘mesra kulit’.  

Tambah menarik, warna-warna yang digunakan pada setiap pembungkusan produk juga menggambarkan mood aktif, seronok, bergaya dan bertenaga! 

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini daripada SAFI, anda boleh melayari  laman web rasmi SAFI atau ikuti mereka di sosial media @safimalaysia. - Getaran, 10 Ogos 2021


Semua gambar: Safi

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

2

Gaya 6 bulan yang lalu

Dr Cute International Labur RM30 Juta Bagi Martabat Industri Kosmetik, Kesihatan Tempatan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

KKM Batal Notifikasi 4 Produk Kosmetik Mengandungi Racun Berjadual

4

TARA 1 tahun yang lalu

Musim Banyak Penyakit, Gunakan Krim Mandian Antibakteria Untuk Lindungi Tubuh Badan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia