web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Promosi Judi Dalam Talian, 27 Pempengaruh Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 8:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis menahan 27 pempengaruh media sosial semalam kerana disyaki terbabit dalam promosi judi dalam talian di laman sosial masing-masing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka yang terdiri daripada 23 wanita dan empat lelaki berusia 21 hingga 35 tahun itu ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang susulan risikan sejak dua bulan lalu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

"Siasatan awal mendapati pempengaruh ini bergiat aktif mempromosi judi dalam talian kepada pengikut mereka di media sosial sejak setahun lalu dan menerima bayaran daripada sindiket judi antara RM1,500 hingga RM8,000 sebulan untuk satu platform mengikut jumlah pengikut.

"Berdasarkan siasatan, kebanyakan yang ditahan aktif dalam dua platform media sosial," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di Bukit Aman di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata pempengaruh yang ditahan berselindung di sebalik kegiatan menjual barangan lain di media sosial mereka seperti alat kosmetik.

"Sebanyak 30 telefon bimbit telah dirampas dan pihak polis membuat permohonan reman terhadap semua yang ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain. – Gambar BERNAMA
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain. – Gambar BERNAMA

Dalam kes berasingan Mohd Shuhaily berkata pihaknya menahan seorang pempengaruh media sosial 'Miza Ozawa' pada 6 Jun lalu kerana mempromosikan aktiviti persundalan, menjual video lucah lakonan sendiri dan menjual ubat seks tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata pempengaruh berkenaan memperoleh pendapatan kira-kira RM20,000 sebulan hasil jualan video lucah dan ubat seks yang dijalankan.

Menurut beliau modus operandi wanita berusia 27 tahun itu adalah dengan menjual ubat seks sebelum membuat tawaran kepada pembeli untuk membuat hubungan seks, dan kemudiannya menjual video aksi dengan harga antara RM450 hingga RM550.

Mohd Shuhaily berkata dalam tangkapan yang dijalankan di Selangor pihaknya turut menahan masing-masing seorang lelaki dan wanita warga asing berusia 20 dan 26 tahun yang berperanan sebagai pelakon dalam video lucah dan dua remaja perempuan berusia 12 dan 17 tahun.

"Dua remaja perempuan ini berperanan sebagai pembantu kepada Miza Ozawa semasa rakaman video seks," katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM30,000, sebuah komputer riba serta telefon bimbit dan semua individu berkenaan direman selama 14 hari sehingga 20 Jun ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki