web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


17 Tahun 'Sing And Shout', Selamat Jalan Bittersweet

Selepas 17 tahun bertahan menongkah arus, pada tengah malam 24 Oktober lalu, Bittersweet mengumumkan pembubaran mereka di media sosial.

Indie Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 2:45PM

Bittersweet pada tahun 2016. Gambar: Khalil Makata

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kali pertama penulis menghafal lirik lagu Bittersweet adalah ketika lirik ‘Burn it Down’ disiarkan di sebuah majalah, dalam isu yang sama ada tulisan tentang album solo Julian Casablancas – Phrazes for the Young

Bertitik tolak dari situ, karya-karya Bittersweet sentiasa menjadi senarai lagu yang kerap dimainkan di komputer atau di telefon bimbit. 

Bittersweet ditubuhkan pada tahun 2004 di Ipoh. Single ‘Capital E’ untuk album pertama mereka yang diciptakan pada tahun 2005 menjadi sebuah anthem pada ketika itu dan masih segar sehingga ke hari ini.

‘Capital E’ juga melonjakkan nama Bittersweet, yang bermula bermain di gig-gig kecil di rumah kedai. 

Sehingga ke hari ini, Bittersweet telah menghasilkan tiga buah album, A Perfect Match pada tahun 2006, Empire’s Transition (2011) dan pada tahun 2016, BTSWT, mengukuhkan lagi nama Bittersweet di ranah muzik tanah air. 

Namun, selepas 17 tahun bertahan menongkah arus, pada tengah malam 24 Oktober lalu, Bittersweet mengumumkan pembubaran mereka di media sosial.

“24.10.21. Sudah waktunya untuk kami umumkan secara rasmi. Kami telah membuat keputusan bahawa kami tidak lagi meneruskan BTSWT. Terdapat banyak faktor untuk melihatnya, tetapi kami tidak akan menjadikannya sebagai alasan.

“Kita membesar dan terus maju. Setiap orang mahukan perkara yang berbeza untuk masa depan masing-masing. Kami semua sangat berterima kasih atas semua sokongan sepanjang perjalanan luar biasa kami sebagai Bittersweet atau BTSWT.

“Kami diberikan rezeki untuk menikmati waktu terbaik dalam hidup kami dan tanpa anda semua, BTSWT tidak akan sampai sejauh ini

“Terima kasih atas segala-galanya, ini adalah satu perjalanan yang hebat. Kepada semua band di luar sana, terus berusaha, kami memerlukan anda untuk meneruskan apa yang telah kami (dan band lain) mulakan.

“Kepada semua pencinta muzik, (terutama anda The Beats), teruskan menyokong bakat tempatan. Tiada kata yang mampu kami gambarkan terima kasih kepada anda semua. Semoga kita berjumpa lagi, Insyaallah. Tamat. #wearethebeats,” tulis mereka di ruangan Instagram. 

“Sudah tiba waktunya, untuk kami semua, tidak kira line-up baru atau lama, untuk meneruskan kelangsungan hidup masing-masing tanpa terikat dengan BTSWT.

“Jatuh bangun saya bersama BTSWT, takkan saya lupakan. Semuanya perjalanan dan pengalaman pahit dan manis yang tak dapat diluahkan selama 17 tahun.”

Nada yang serupa diluahkan oleh Fizan di akaun Instagram peribadi beliau, “I’ve been planning to say this for quite a while now but when the reality sunk in, words seem to be too little to express my feeling. I hope everyone knows how much I love Bittersweet and I’ve given my all for this band.”

17 tahun Bittersweet berkarya, menghiburkan, menyanyi, menjerit, berpentas, akhirnya mereka memutuskan untuk tidak lagi meneruskan Bittersweet. 

“Keadaan berubah bila ahli-ahli Bittersweet semuanya sudah berkahwin dan mempunyai keluarga dan tanggungjawab yang perlu diutamakan. Itu adalah proses di mana setiap kumpulan yang membesar akan lalui,” kata Herri Hamid ketika dihubungi.

Tarikh pengumuman pembubaran Bittersweet juga bertepatan dengan hari kelahiran Herri.

“Pada awal penubuhan Bittersweet, bayangan yang tertinggi bagi kami adalah untuk bermain Rock the World dan kenalkan nama kugiran ke seluruh Malaysia,” jawab Herri apabila ditanya mengenai cita-cita ketika di awal penubuhan Bittersweet. 

Selama 17 tahun, Bittersweet sudah pun mempersembahkan karya-karya mereka di Bandung, Jakarta, Singapura, Summersonic Festival di Jepun dan sudah tentu di seluruh Malaysia. 

“Terlalu panjang untuk dikenangkan perjalanan selama 17 tahun. Permulaan Bittersweet untuk record demo pertama, aku jual kasut Dr. Marten dan kasut Nike Air Max 95 aku untuk tanggung recording cost yang mana masa tu aku hanya record berdua dengan penyanyi asal, Zabil.

“Antara best memori pertama adalah bila dapat bermain di Rock the World untuk kali pertama 2006 di Stadium Merdeka.

“Kenangan lain yang tersemat di hati adalah apabila dapat main di Planet Hollywood, pertama kali dipilih main ke Singapura untuk event Baybeats pada tahun 2006, tour semenanjung Malaysia tahun 2006.

Kemudiannya, tour Indonesia tahun 2012, main di World Culture Music Festival di India 2013 dan Summersonic Festival di Jepun tahun pada tahun 2016,” kenang Herri.

Beliau turut berkongsi, antara memori pahit yang dilaluinya sepanjang perjalanan Bittersweet adalah master album pertama Bittersweet tidak dapat diselamatkan disebabkan tidak mampu untuk memiliki hard disk yang agak mahal di tahun 2006 dan pengunduran Pijie sebagai vokalis.

Ditanya mengenai sama ada akan terus berkarya dengan projek yang lain, Herri hanya memberi respons ringkas, “InsyaAllah, kalau diberi peluang dan rezeki saya akan mengeluarkan projek solo selepas ini.”

Setakat ini, di luar Bittersweet, Herri dan Fizan telah pernah mendirikan sebuah kumpulan bernama Undercover Dream Club pada tahun 2019, di mana mereka cuba mencari kelainan dari segi variasi vokal dua vokalis dan dalam masa yang sama cuba untuk mencipta lagu bahasa Melayu dan Inggeris yang boleh diterima kedua-dua arus perdana dan indie.  

Salah satu lagu yang dipersembahkan pada kemunculan mereka sebagai Undercover Dream Club di gig ‘Prasasti Immunity Tour 2019’ pada 9 Mac 2019 adalah lagu ‘Biarlah Mentari’, yang akhirnya menjadi sebuah single untuk Bittersweet yang disiarkan secara rasmi pada Ogos tahun lalu.

“Selagi berkemampuan, di situ ada jalan penyelesaian. Teruskan berkarya, give out your best but don’t give up!” akhir kata dan pesanan dari Herri Hamid untuk penikmat karya Bittersweet. - Getaran, 29 Oktober 2021





 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 3 hari yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

3

Semasa 4 hari yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Semasa 1 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

Selebriti 15 jam yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

Ia susulan isu mengenai pengajaran atau ceramah yang disampaikan ustaz itu disyaki melanggar beberapa Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

oleh Rahayu MN

Selebriti 59 minit yang lalu

Baru Dapat Peluang Berlakon, Mesej Lucah Hafidz Roshdi Disebarkan Bekas Isteri

Perbualan lucah itu berlaku sekitar Januari lalu dan ia dihantar sendiri oleh wanita penyondol terbabit kepada bekas isterinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Hiburan Getaran